Thursday 10 July 2014

SINOPSIS

Dear readers, 

Firstly, tengkiuu sebab ada yang sudi mengikuti perkembangan e-novel ni.. :)  *perasan*
Kat bawah ni, admin dah buat satu sinopsis untuk keseluruhan novel.  Sudi-sudikanlah membaca..


 ***********************************************************************

 Ini cover dia....


Ni pulak dia punya watak-watak utama.. mihmihmih ;p

****************************************************************************
HANA NAZIRA - Dia hanya seorang gadis biasa yang dambakan cinta sejati.  Lumrah dunia, bila kita mencintai sesorang itu, cinta itu mungkin tidak berbalas.  Begitulah perasaannya dengan Aiman Haqim.  Pertemuan pertamanya dengan lelaki itu memberi perasaan yang berbunga-bunga. Tetapi bagaimana pula penerimaan Aiman Haqim nanti? Berlainan pula dengan Azharel Hakimi, bos yang sinis dan suka membulinya di tempat kerja.  Bila ada saja yang tidak kena, Hana lah yang akan menjadi mangsa undang-undang karutnya itu. 


AZHAREL HAKIMI - Dia ingin menjadi pencinta yang setia dan berpegang janji hanya kepada seorang wanita yang dicintai.  Dia sudah lama menaruh perasaan kepada Dalila, sahabat sejak kecil.  Dia berusaha menawan hati gadis itu walaupun dia tahu sekeping hati itu hanyalah milik Aiman Haqim, sepupunya sendiri.  Hana Nazira?  Baginya, gadis itu hanya pekerja bawahan untuk dibuli dan tidak lebih dari itu.  Cinta?  Tidak mungkin.  Dia tahu Hana Nazira menyimpan perasaan terhadap Aiman Haqim, manakala dia pula mencintai Dalila.  Hana Nazira lah senjata nya!


Dari situlah bermulanya kisah mencuit hati dan wujudnya satu rancangan yang dibuat antara Azharel dan Hana.  Azharel inginkan cinta Dalila manakala Hana diminta untuk merapatkan diri dengan Aiman.  Berjayakah rancangan mereka atau hasilnya akan menjadi lain?


Selapas tragedi hitam yang menimpa dirinya dalam sebuah bilik di sebuah hotel di ibu kota, Hana terpaksa bersetuju untuk dikahwinkan dengan Azharel demi menjaga nama baik keluarga. Mereka ditangkap basah! Hana pelik kerana Azharel langsung tidak menolak.  Jadi benarlah Azharel sudah meragut kesuciannya? Tetapi mengapakah lelaki itu tega berbuat begitu? Akurkah Hana dengan perkahwinan tanpa rela itu nanti?  Bagaimana pula dengan Aiman yang mula menyambut cintanya? 

Antara cinta dan benci..Siapakah yang akan menjadi pilihan Hana Nazira? (whoaa, banyaknya persoalan..teeheee)


Adakah kita berkongsi perasaan yang sama? Jika kau katakan kau cintakan aku, jadi aku percaya cinta itu benar...

So how? OK @ KO?

kalau ada idea tambahan atau sebarang kritikan boleh drop komen kat bawah.. :)