BAB 6 - Versi 2



BAB 6

            ‘’NINA, you simpan dulu dress ni di belakang.  Tadi Datin Nancy cakap yang this evening, assistant dia akan datang ambil.’’ Arah Dalila kepada salah seorang pekerjanya.

            ‘’Okay, Cik Ila.’’ Nina yang bertubuh genit itu melakukan seperti apa yang diarahkan oleh majikannya.

            ‘’But Nina.  If dia sampai you inform I ya.  I masuk office dulu’’

            ‘’Okay.’’ Nina mengangguk.

            Elok sahaja Dalila masuk ke dalam ruangan pejabatnya telefon bimbitnya berbunyi.  Dengar dari nada deringnya saja dia sudah dapat teka siapa gerangan pemanggilnya.

            ‘’Hem, yes?’’

            ‘’Hi, baby. How are you?’’

            ‘’Tak payah nak baby-ing I sangatlah Rel.  Last week I whatsapp, call, email semua tak ada respon. Baru sekarang you nak call I.  How could you do this your bff. I dah tak penting lagi ke bagi you.’’ Dalila, buat-buat merajuk.  Bukannya selalu.

            ‘’Lah, last week?  Last week I busy lah baby.  Sorry.’’

            ‘’Hem, busy about what?  Busy melayan makwe-makwe UK you tu?’’

            ‘’Aik, bunyi macam jealous.  Kalau betul, you jealous eh?

            ‘’Jealous?  Tak ada maknanya.  I tahu, cuma I your one and only girl-friend.’’ Hati Azharel sudah berbunga-bunga mendengar luahan Dalila.  Tetapi biasa sahaja bunyinya bagi Dalila.

            ‘’Tahu tak apa.  So, kalau you dah cakap macam tu, bila you nak officially jadi girlfriend I ni?’’ Azharel mencuba nasib.

            ‘’What official? I am your girl-friend since we were young.’’

            ‘’Not that girl-friend.  But girlfriend.  Upgrade sikit.  How?’’ Azharel cuba memancing.  Mengertikah Dalila maksudnya itu?  Jika dia mengerti, adakah gadis pujaannya itu akan memberi jawapan yang dia impi-impikan selama ini?

            ‘’You ni, tak habis-habis dengan gurauan you tu.  Boleh tak serius sikit, Rel.’’ Azharel menepuk dahi.  Tentu pada Dalila, Azharel hanya bergurau dengannya.  Mana tidaknya, dari kecil Azharel lah ‘King Of Jokes’. Suka bergurau dan sukar untuk mengesan bila dia serius atau sebaliknya.

            ‘’I am.’’

            ‘’Malaslah nak layan you.’’ Dalila menyampah.

            ‘’Okay, okay.  I seriuslah ni.  You tengah buat apa?  Busy?’’

            ‘’Sort of.  Tengah habiskan design-design baru ni hah.  Dahlah I tak sempat nak lunch.’’

            ‘’Lah, kenapa tak pergi lunch dulu?  Nanti you kena gastrik, I juga yang susah.’’

            ‘’Over. Kejap lagilah.  Nak settlekan semua kerja ni dulu.’’

            ‘’Hem, how about I bring something delicious for you.  Something like..cake?  Red velvet?’’

            ‘’You sengajalah tu nak buat I rasa lapar.  Macamlah you boleh buat macam tu.  Fly dari UK terus ke sini bawakan red velvet untuk I?  In your dreams, Arel.’’

            ‘’I will do so if you want.  Kalau you nak bintang pun I boleh petikkan untuk you’’

            ‘’Poyo. You kalau nak bergurau tak payah nak buat bunyi confident macam tu lah.  Menyampah.’’ Dalila mencebik.  Ada-ada sajalah si Arel ni!

‘’You don’t believe me?’’

‘’Yep, absolutely not.’’

‘’Betul ni?’’

‘’Betul!’’

Tok! Tok! Tiba-tiba pintu pejabat Dalila diketuk.

‘’Rel, I have to hang up now.  I’ll call you back later ya. Bye!’’ Dalila terus mematikan talian.  ‘’Masuk.’’ Arahnya kemudian.  Mungkin Nina ingin memaklumkan bahawa pembantu Datin Nancy sudah sampai.  Tapi, bukan tadi dia kata nak ambil petang sikit ke?  Selepas beberapa saat pintu masih belum dibuka.

‘’Masuk!’’ Sunyi.  Selang beberapa saat, pintu diketuk lagi.

‘’Nina ke? Masuklah.’’ Tiada suara menyahut dari luar.  Dalila mengerutkan dahi.  Biasanya dengan sekali ketukan sahaja Nina akan terus masuk ke dalam pejabatnya.  Boleh malu-malu kucing pula si Nina hari ni.  Tapi, kalau betul bukan Nina, siapa pula? 

Kemudian, bunyi ketukan kedengaran lagi.  Kali ini lebih lama.  Malah tidak berhenti-henti.  Dalila..hilang sabar.  Dia terus melangkah ke arah pintu.  Dan sebaik sahaja pintu dibuka..

‘’Hai baby! Miss me?’’

‘’Arel!’’


##

‘’APA mimpi you balik Malaysia awal?  Bukan ke dulu you sendiri kata nak balik bercuti dalam masa dua bulan lagi.’’

‘’Saja, rindukan you.’’

‘’You ni, memang tak pernah nak serius.  Jawablah betul-betul.’’

Azharel mengeluh lembut.  Cakap sayang salah, cakap rindu Dalila fikir dia bergurau. Kalau dia cakap sebab cinta?  Mahunya dia ditertawakan oleh Dalila nanti. Tetapi memang itulah apa yang sebenar-benarnya dia rasakan dan dia mahu Dalila tahu.  Sudah begitu lama dia menanggung perasaan itu. Dalila, bolehkah dia rasakan kehadiran cinta Azharel tanpa lelaki itu perlu meluahkannya?  ‘’Actually..I,m back for good.’’

‘’Maksud you?’’

‘’I balik, because of someone.’’

‘’Who is that someone?  Hem, someone special?  But, you tak pernah cerita pun yang you ada ‘simpan’ someone di Malaysia ni.  Kalau kat UK tu, I tahulah.  Berlambak-lambak saja skandal. Ganti girlfriend macam ganti macam baju.’’ Dalila menjuihkan bibir.

‘’Lah, dari mana you tahu yang I suka ganti teman wanita ni?’’ Azharel, memulangkan paku buah keras.

‘’Gambar-gambar yang you upload dalam facebook tu gambar you dengan sapa kalau bukan koleksi teman wanita you.  Mesra saja I tengok.  Tak nak mengaku pula.  Kura-kura dalam perahu.’’

Azharel tersenyum meleret.  Dia suka kalau Dalila cemburu.  Cemburu kan tandanya sayang?  Kalau betul, alangkah bahagianya dia rasa. ‘’You stalk facebook I ke?’’

‘’Tak ada maknanya I nak stalk lah.  Kebetulan saja I on FB waktu tu, buka-buka saja kat news feed keluar gambar-gambar yang you baru upload.’’

 ‘’Mereka tu semua kawan-kawan I sajalah.  Colleagues I dan kawan-kawan sama belajar dulu.’’

‘’So, siapa someone special dari sini yang you maksudkan tu.  Do I know her?’’

Azharel telan air liur. ‘’Nope.. I takkan beritahu you sekarang.’’

‘’You pun tak nak jawab sama ada I kenal dia atau tak?’’ Tokok Dalila lagi.

‘’Later.  Takkan nak bagitahu sekarang.  You akan tahu juga nanti bila tiba masa yang sesuai.  Sabar ya.’’ Alangkah bagusnya jika Azharel dapat menjawab terus bahawa orang yang dimaksudkan adalah Dalila sendiri.  Tetapi, dia fikir sekarang bukanlah masa yang sesuai.  Pada saat dia meluahkan perasaan sebenarnya nanti, biarlah pada masa dan lokasi yang cukup bermakna untuk dikenang.  Sabarlah sayang, you akan tahu juga nanti.  Azharel, punya rancangan sendiri. 

‘’You, dengan I pun nak berahsia.  Benci.’’ Dalila berpeluk tubuh.  Dengan sahabat sendiri pun nak berahsia!  Dalila membebel dalam hati.  Dia sedar, Azharel suka berahsia kebelakangan ini.  Balik ke tanah air pun tanpa memberitahunya terlebih dahulu, sekarang tahu-tahu Aiman sudah punya punya seseorang yang istimewa dalam hidupnya.

‘’Benci?  Benci tapi sayang, kan?’’ Azharel sengaja.  Dia suka benar dengan wajah Dalila yang cemberut.  Nampak comel di matanya.  Azharel, sah tengah angau!

‘’Poyo! By the way, kali ni berapa lama you nak bercuti kat sini?’’

‘’Oh, fyi I takkan balik sana lagi.  I dah resign.  Daddy nak I kerja kat tempat dia.’’

‘’Really? Well, that’s a good news.  We should celebrate it, Arel.  Kita invite kawan-kawan yang lain, buat parti kecil-kecilan kat kelab tempat kita biasa lepak.  What say you?’’

‘’Party?  Tak payahlah, I tak perlukannya.’’ Berparti, clubbing itu memang sudah tertulis dalam jadualnya sepanjang merantau seorang diri di negara asing.  Pada setiap hujung minggu, memang kelab malamlah tempat persinggahannya untuk melepaskan tekanan yang membelenggu dari tempat kerja.  Walau seteruk mana pun dirinya, dia tidak pernah menyentuh minuman beralkohol atau tidur dengan mana-mana perempuan sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian rakan-rakan lain. Azharel, masih sedar akan agama dan asal-usulnya.  Lama-kelamaan dia tidak lagi menjejakkan kaki ke tempat hina itu.  Azharel, sedikit demi sedikit  berubah ke arah kebaikan.  Itu niatnya.

‘’Why not? After ten years, baru sekarang hati you terbuka nak kembali ke Malaysia.  Our friends must be excited bila dapat berita ni.  Of course we should celebrate it, dear.’’

‘’Really, you want to celebrate it?’’

Tanpa kata, Dalila mengangguk berkali-kali.  Dia, begitu teruja.

‘’Okay, kita celebrate.  But we don’t have to invite anyone else.’’

Dalila mencebik.  ‘’Why?  Parti apa kalau tak celebrate dengan kawan-kawan?’’ Dia pelik.  Biasanya Azharel okey sahaja.  Malah dialah orang yang paling suka berkumpul ramai-ramai dengan kenalan-kenalan lama mereka.

‘’Kita celebrate bertiga sajalah. Kita tak sambut kat kelab, tapi kita sambut kat restoran saja. You, I dan Aiman.  Just the three of us, simple. Trust me, I will make it special.’’

‘’Just the three of us?  Someone istimewa yang you cakapkan tadi you tak nak ajak sekali?’’

‘’You will meet her, for sure.’’ Azharel tersenyum penuh makna.  ‘’Just you wait and see.’’


2 comments:

Unknown said...

great job. You really change everything. this is matured job dear, rather than the old story which it is a bit long and childish sikit. It's show good improvement here, keep it up.

Unknown said...

tqvm sis..jenuh jugak masa tu mncari idea skali dgn nk improve skill penulisan..hehe..skrang tgah habiskan bab2 sterusnya..sabar ye smua..ngeeee..