BAB 12
|
NANA
meraup muka sebaik sahaja pintu lif tertutup.
Jikalau tempat ini adalah pulau tidak berpenghuni, mahu saja dia
menjerit sekuat hati di sini. Masih malu mengenangkan apa yang berlaku di dalam
bilik temuduga tadi. Hari ni aku dah
malukan diri aku sendiri! Rontanya di
dalam hati. Sudahnya dia hanya menyandar lemah pada dinding. Seorang demi seorang kakitangan AZ Holdings
yang keluar dari lif di setiap tingkat, namun Hana hanya membatu, melayani perasaan.
Dan
beberapa saat kemudian pintu lif terbuka lagi.
Entah tingkat yang keberapa, Nana tak ambil tahu. Yang dia tahu, dia perlu menenangkan hati
yang tengah bercelaru saat ini. Dia cuma
perasaan ada sesusuk tubuh yang berjalan masuk ke dalam lif. Berdiri jauh sedikit darinya.
‘’Tingkat
dua puluh, cik.’’Kedengaran suara garau yang menampar cuping telinganya. Nana hanya buat tidak tahu. Mungkin dia sedang bercakap dengan orang lain
fikirnya.
‘’Excuse me,
tingkat dua puluh please.’’ Pinta
suara itu lagi. Suaranya kali ini
kedengaran sedikit tinggi, membuatkan Nana menoleh ke belakang.
‘’Awak
bercakap dengan saya ke?’’
‘’Awak
nampak ke ada orang lain lagi selain kita berdua kat dalam lif ni?’’
Nana
memeriksa sekeliling. Memang hanya
mereka berdua.
‘’Oh,
sorry. Awak cakap apa tadi?’’
‘’Tingkat
dua puluh.’’
‘’Yang
awak beritahu saya ni kenapa? Pergi aje
lah ke tingkat dua puluh tu.’’ Macam orang bodoh, Nana terus berpaling sambil
memeluk fail. Sengal lelaki ni!
Dia
dapat mendengar keluhan lelaki itu sebelum dia bersuara lagi. ‘’Memanglah saya
nak naik ke tingkat dua puluh, tapi awak dah hadang dinding. So, macam mana saya nak tekan punat lif
tu. Nanti tak pasal-pasal awak tuduh
saya ni pervert walaupun dah tahu tak
ada ruang untuk tangan saya kat situ.’’
Setelah
menyedari kebenaran kata-kata lelaki yang berkacamata hitam itu, dia terus
bergerak ke belakang.
Alah,
cakap ajelah. Tak payahlah nak membebel.
Bentak Nana di dalam hati.
‘’Sorry.’’
Ucap Nana pendek, malas hendak berbalah.
Lelaki itu beranjak sedikit ke depan lalu menekan punat nombor dua
puluh.
Tingkat
demi tingkat lif itu susuri, namun Azharel sedar gadis itu tidak juga keluar
dari lif. Tinggal lagi beberapa tingkat,
mereka akan sampai ke tingkat dua puluh. Azharel hairan. Kenapa dengan minah ni? Jiwa kacau ke?
‘’Excuse me,
awak sebenarnya nak ke tingkat berapa ni?’’ Soal Azharel kepada gadis yang
sedang tunduk memandang lantai itu.
‘’Satu.’’
Jawab Nana sepatah tanpa memandang wajahnya..
Azharel tergelak.
‘’Kalau
tingkat satu, awak patutnya dah keluar masa saya masuk lif tadi.’’
‘’Huh?’’
Seakan baru terbangun dari tidur yang lena, Nana terus berpaling ke arah punat
lif. Lif sekarang sedang bergerak naik
ke atas. Punat tingkat satu pun dia tak
tekan-tekan lagi. Serta merta darah
menyirap ke muka. Rasanya ini kali kedua
dia memalukan dirinya sendiri hari ni.
Hish,
cekadak!
Setelah
menekan punat nombor satu dia masih berdiri membatu di situ. Sedikit pun dia tidak menoleh ke arah insan
yang menegur. Malu besar. Dia berusaha berlagak selamba, seolah-olah lelaki cekadak itu tidak wujud di situ walaupun
dia dapat mendengar suara halus yang sedang mentertawakannya.
Sah,
mamat ni memang cekadak!
‘’Lucu
sangat ke?’’ Dengan muka yang sudah mengetat, Nana mengerling tajam ke arah
Azharel. Walaupun dia memakai kacamata
hitam, dia tahu lelaki itu sedang memandangnya.
‘’Ha,ah, kisah lucu dari website ni memang buat saya tak henti-henti nak gelak. Nak
baca sekali?’’ Azharel tayang Iphone5
miliknya. Sekali lagi Nana rasa
dirinya diperbodohkan atau dia yang memperbodohkan dirinya sendiri.
‘’Thanks, but no
thanks!’’
Mendengarkan
Nana yang menghembus nafas kasar lalu menoleh memandang ke depan, Azharel
terasa digeletek lagi.
Dah
terkena. Sorak Azharel dalam hati.
Pintu lif akhirnya terbuka sebaik
sahaja mereka sampai ke tingkat dua puluh.
Azharel yang sedang melangkah keluar sempat mengerling ke arah gadis
yang hanya memandang ke depan itu. Tidak
berperasaan seperti waktu dia masuk ke dalam lif tadi. Dia senyum.
‘’Semoga awak selamat turun ke
tingkat satu.’’ Ucap Azharel yang sudah berdiri di luar sambil
melambai-lambaikan tangannya.
Perlahan-lahan pintu lif tertutup dan dia tahu gadis itu sedang
menjeling tajam ke arahnya. Dan sebaik
sahaja pintu lif tertutup rapat, dia sudah tidak dapat menahan ketawa
lagi. Sudahnya dia ketawa terbahak-bahak
di situ sambil menekan perut. Wajah
tajam gadis itu agak mencuit hatinya.
Ada jugak hiburan untuk aku hari ni!
‘’Wait.’’
Tiba-tiba Azharel teringatkan sesuatu.
‘’Aku rasa macam pernah tengok budak
tu. Tapi kat mana?’’ Dia mengurut-urut
dagu. Dalam kesibukan dia cuba mengimbas
kembali di mana dia pernah bersua dengan gadis tadi, dia tidak menyedari Encik
Azhar sedang memerhatinya dari jauh.
‘’What’s
going on, Arel?’’ Tegur Encik Azhar sambil berjalan ke arah Azharel. Hairan
melihat anaknya itu masih tercegat di hadapan pintu lif.
‘’Ehem..nothing,
dad.’’
‘’Hmm,
kalau tak ada apa-apa, ikut Daddy masuk office
sekarang.’’
‘’Okey,
dad’’
‘’Cekadak punya mamat!’’ Bentak Nana
seorang diri sambil menonong ke tempat parkir motorsikal berdekatan dengan
pondok pengawal keselamatan. Dia
menumbuk-numbuk fail. Rasa geram dan
malu dilepaskan pada fail yang tidak bersalah itu tanpa mempedulikan lagi
dengan mata-mata yang memandang.
Lantaklah!
Kalau
dibandingkan dengan rasa malu yang ditanggung semasa sesi temuduga, ianya masih
tidak dapat menandingi kejadian di dalam lif sebentar tadi.
‘’Dah
la pakai spec mata hitam dalam
bangunan. Buang tabiat ke apa! Ingat handsome
sangat ke macam tu. Mangsa fesyen sungguh!’’
Mulutnya masih terkumat-kamit membebel sambil memasang helmet.
‘’Anak
ni dah kenapa?’’ Salah seorang pengawal keselamatan yang memperkenalkan dirinya
sebagai Pak Ahmad yang ditemuinya pagi tadi datang menegur. Mana tidaknya dari jauh dia dapat mendengar
mulut Nana membebel tanpa henti. Padahal
pagi tadi ceria sahaja sambil bertanyakan arah pintu utama AZ Holdings. Bersemangat nak pergi temuduga katanya.
‘’Tak
ada apa-apa pakcik. Saja nak lepas
tekanan ni hah.’’ Nana memberi alasan.
Satu senyuman dihadiahkan kepada lelaki tua itu.
‘’Macam
mana dengan temuduga tadi? Berjalan
lancar ke tidak?’’Seperti lagak seorang ayah, Pak Ahmad menyoal. Ingin tahu.
‘’Alhamdulillah,
agaknya okey aje lah pakcik. Pakcik
doa-doakanlah ya, mudah-mudahan saya dapat kerja ni.’’
‘’Insya-Allah
nak, pakcik doakan. Tengok muka anak ni
pun, confirm dapatlah kerja tu. Jangan risaulah.’’
‘’Aminnnn..’’
Nana menadah tangan lalu meraup mukanya. ‘’Haa, pakcik saya balik dululah
ya. Jumpa lagi.’’
‘’Hah,
baik-baik bawak skuter tu. Banyak kereta
tu kat jalanraya. Jangan bawak laju sangat.’’ Pesan Pak Ahmad kepadanya sebaik
sahaja Nana menghidupkan enjin skuternya.
Nana sekadar menguntum senyum.
Itu pesanan yang biasa Puan Hajijah berikan kepadanya.
‘’Iye
lah. Jumpa lagi, pakcik. Assalamualaikum.’’
‘’Waalaikumsalam.’’
##
‘’TUJUAN daddy panggil kamu ke
pejabat ni sebab ada beberapa dokumen yang daddy nak kamu baca dan tandatangan.’’
Encik Azhar menghulurkan beberapa buah fail kepada anak bujangnya yang sedang
bersandar selesa di atas kerusi di hadapannya.
‘’Untuk apa semua dokumen ni, dad?’’
Berbekalkan rasa hairan, Azharel tetap membelek satu-persatu helaian kertas di
dalam salah satu fail tersebut. Dah tahu
motif ayahnya memanggilnya untuk ke AZ Holdings pada pagi itu atas urusan
penting. Urusan kerja.
‘’Hai, dah lupa? Kamu akan bekerja
di syarikat ni dalam beberapa hari lagi dan bakal ganti tempat daddy lepas
daddy bersara nanti. Tu semua maklumat
tentang syarikat yang kamu perlu tahu.’’
‘’Awalnya daddy nak serah tugas. Daddy nak pergi umrah aje pun kan, bukannya
nak bermastautin kat sana.’’ Gurau Azharel.
Dengan Encik Azhar sahaja dia dapat berbual dengan secara diplomatik dan
tenang sebegini. Tetapi kalau dengan
Puan Adibah, dalam sekelip mata sahaja perbualan mereka akan berubah menjadi
pertelingkahan. Ada sahaja perkara yang
mereka tidak sebulu.
‘’Saja daddy nak kamu prepare apa yang patut. Nanti masuk
kerja senang sikit kan. Oh ya, selama pemergian daddy nanti, Aiman akan bantu
kamu. Kalau ada apa-apa yang kamu tak
tahu, kamu boleh tanya dia.’’
‘’Arahan diterima, tuan.’’Ujar
Azharel sambil menabik. Melihatkan
gelagat anaknya itu, Encik Azhar sekadar menguntum senyum.
‘’Arel..’’
‘’Yes,
dad?’’
‘’Semalam mummy dan daddy ada
berbincang pasal kamu.’’
Kening Azharel yang lebat
bercantum. Entah apa yang dibincangkan
oleh kedua-dua orang tuanya tentang dirinya, dia tertanya-tanya. Apatahlagi bila melihat wajah ayahnya yang berubah serius.
‘’About what?’’
‘’About your marriage
plan.
Mummy ada cakap yang kamu beria-ia tolak rancangan kami untuk jodohkan
kamu dengan Zarina. Anak kawan baik
mummy kamu tu.’’
Azharel
sekadar mengangguk, mengiyakan kata-kata Encik Azhar.
‘’Lepas
tu, apa lagi mum cakap dengan dad?’’
‘’Kamu
ada pilihan kamu sendiri. Sebab tu kamu bersemangat
tolak rancangan kami tu. Betul?’’
Azharel
mengangguk lagi. Sabar menunggu
kata-kata ayahnya yang selanjutnya. Yang
penting, penerimaan ayahnya terhadap keputusan yang telah dia buat.
‘’Arel,
daddy ni sebenarnya tak kisah kalau kamu nak kahwin dengan pilihan kamu
sendiri. As long as, Arel pilih calon yang betul-betul sesuai. Yang dapat uruskan makan minum kamu, yang
dapat jaga keluarga kamu dengan sempurna.
Berkahwin bukanlah menjadi seorang isteri semata-mata. Tetapi juga seorang menantu dan ibu yang baik.
Arel faham kan, maksud daddy?’’ Kata-kata yang keluar dari mulut Encik Azhar membuahkan
senyuman pada wajah Azharel. Memang itu yang
dia harapkan daripada ayahnya. Sokongan padu.
Bukanlah paksaan seperti yang biasa dilakukan
Puan Adibah sebelum ini.
‘’Arel
faham. Insya-Allah, dad.’’
‘’So, tell me kiddo. Who’s
that lucky girl?’’ Suasana yang serius tadi
kembali menjadi ceria. Mendengarkan soalan
Encik Azhar itu, Azharel sudah tersenyum penuh makna.
‘’Ehem,
bila dah tiba masanya nanti Azharel akan bawa dia berjumpa dengan mummy dan daddy.
Believe
me. You both takkan kecewa dengan pilihan
Arel nanti’’
‘’I’m looking forward to
it.’’ Encik Azhar yang sudah bersandar di tepi
meja menepuk bahu anaknya.
Azharel
lega. Misi memujuk kedua-dua orang tuanya
akhirnya berjaya. Sekarang dia perlu merancang
untuk misi seterusnya pula. Misi penting.
- Dalila.
No comments:
Post a Comment