BAB 9
|
‘’A
|
da
jawatan kosong?’’ Besar mata Nana memandang wajah si Iwan. Dengan serta-serta merta juga kunyahannya
terhenti. Isi kata Iwan tadi begitu
menarik perhatiannya untuk mengetahui dengan lebih lanjut terutama sekali bila
ianya melibatkan AZ Holdings, syarikat yang dia baru pergi pagi tadi. Juga tempat di mana Encik Aiman yang segak
lagi macho itu bekerja. Nana mendekatkan kedua-dua belah tangan ke
dada sambil memandang siling restoran makanan segera itu. Mode
berangannya dah mula balik. – Kalau aku kerja kat Zain Holdings, mesti
tiap-tiap hari boleh jumpa Mr. Jodoh
aku tu! Nana senyum sendiri. Senyuman boleh kata sampai ke telinga. Ngeee..
‘’Yup, jawatan
- cleaner.’’ Selamba Iwan menjawab
sambil menghirup minumannya.
Dengan
serta merta dahi Nana mengerut. ‘’Cleaner?’’
Bila terbit saja senyuman nakal pada bibir si Iwan, sudah pastilah dia tahu
bahawa si sotong itu hanya bergurau kepadanya.
Ingin sahaja dia membaling kentang goreng ke arah Iwan tetapi sayang
pula. Neneknya selalu pesan, tak baik baling-baling makanan. Nanti Allah tarik
balik rezeki. Lebih-lebih lagi bila
orang lain yang tolong bayarkan. Kentang
goreng yang sedang di halakan ke arah Iwan, akhirnya masuk ke dalam mulutmya
sendiri. Meledak tawa si sotong dengan perlakuannya. Siap tutup mulut dengan tangan lagi, gaya
ayu. Si sotong ni, memanglah!
‘’Seriuslah!’’
Tempik Nana. ‘’Betul ke tidak ada jawatan kosong di syarikat tu? Iwan jangan cuba nak tipu akak.’’ Soal Nana
lagi.
‘’Lah,
kan Iwan dah cakap cleaner..’’
Nana
mengangkat kening seolah-olah memberi isyarat kepada Iwan agar dia bercakap
benar. Kemudian, Iwan angkat kedua-dua belah tangan – Okey, surrender.
‘’Okey,
okey. Macam ni, beberapa hari lepas kan
Iwan ada hantar pesanan ke Wisma AZ.
Akak ingat lagi tak?’’
Nana
terus angguk. Hmmm, lagi-lagi? Dengan
tekunnya Nana mendengar sambil menongkat dagu.
‘’Masa
tengah tunggu lif nak turun, Iwan ada dengar-dengar staf kat situ bercerita
yang awal bulan depan nak diadakan sesi temuduga. Kejap, ada benda yang Iwan
nak tunjuk.’’ Iwan layang jari telunjuk dengan gerak lembut lalu mencapai
telefon pintarnya. Nana perhatikan
sahaja perlakuan Iwan yang sedang mencari-cari sesuatu di dalam galeri telefon. Lentik sahaja jarinya menekan skrin telefon.
‘’Ni. Iwan siap screenshot
iklan temuduga tu lagi.’’
Telefon
pintar itu kini berpindah tangan.‘’Iwan dapat dari mana ni?’’
‘’Dari
official website AZ Holdings lah.’’
‘’Lah,
kenapa tak cakap dari hari tu lagi? Kalau
tahu, memang akak dah pergi interview terus tadi. Kalau akak tak buka cerita
pasal AZ Holdings tu tadi, mesti Iwan tak beritahu langsung pasal temuduga ni
kan?.’’
‘’Dah
akak tak tanya hari tu.’’
Nana
mencebik. Menyampah pula dia dengan jawapan bodoh Iwan. Haish, si sotong ni! Kalau
dia Aliff, memang dah kena lipat dah.
‘’Berminat
ke?’’
‘’Mestilah.
Iwan pun tahu yang akak tengah buru kerja kan sekarang.’’
‘’Sorry. Iwan tak ingat.’’Iwan menyengih sambil
mengecilkan mata yang sepet itu.
‘’Nak
apply macam mana ni? Mesti nak kena isi form dulu kan? Mana formnya? Nak kena ambil dari kaunter
jugak ke? Bila due date nak isi?’’ Bagai ditembak, bertalu-talu soalan yang Nana
ajukan. Entah yang mana satu yang Iwan
akan jawab terlebih dahulu.
‘’Duh, bacalah sampai habis my sis.
Yang ni hah, berminat boleh
isi form dekat website tu.. Tarikh tutup
permohonan hujung bulan ni. Baca ni, hah.’’
Huhu,
Nana menyengih. ‘’Okey. Nanti kat rumah akak isi.’’ Luah Nana
semangat. Yesss! Pintu rezeki dan pintu jodoh datang serentak! Mr.
Jodoh, wait for me! Nana, di awang-awangan lagi.
**
DONE!
Nana senyum puas sebaik sahaja butang ‘Hantar’
di tekan. Beberapa saat kemudian muncul
notifikasi yang memberitahunya bahawa borang telah ‘Berjaya dihantar’. Dia kemudiannya menyandarkan tubuh pada
kepala katil dengan beralaskan tangan yang disilangkan di belakang kepala. Posisi kaki juga disilangkan dan pandangan
tertancap pada kipas siling yang sedang ligat berpusing. Senyumannya pula masih tak lekang dari
tadi. Sudah tentulah dia sedang di dalam
mod berangan.
‘’Hmm, kalau
aku kerja kat situ mesti dapat jumpa dia hari-hari. Paling baek
punya kalau aku satu pejabat dengan dia.
Oh, Mr. Jodoh. Kau tahu tak yang aku fikir pasal kau aje
sepanjang hari ni?’’ - Oh Tuhan, memang dah kronik aku ni sampai ke tahap
bercakap seorang diri. Omel Nana di dalam hati.
Nasib baiklah nenek dan adiknya sedang duduk di ruang tamu. Kalau
didengar oleh mereka, buat malu sahaja.
Paling teruk kalau nanti jadi modal untuk si Aliff mengusiknya. Penangan Encik Aiman. Nana gelak lagi sambil menekup mulut.
Chopp chopp! Nana, ini baru aje
isi borang kau dah excited macam kena
pinang orang. Interview pun belum, dah berangan.
Haishh...sah kronik! Nana
bermonolog lagi di dalam hati. Ah, tak
kisah.
Usai
menutup suis lampu kalimantang, Nana menghidupkan lampu tidur. Agak kelam suasana bilik tidurnya kini. Matanya yang terasa berat seolah-olah
memberitahunya bahawa masa tidur sudah tiba.
Dia
kemudiannya membetulkan kedudukan sambil menepuk-nepuk bantal tiga kali. Orang
kata, kalau rindukan seseorang tepuk bantal tiga kali sebelum tidur dengan
menyebut namanya. Insya-Allah, orang
tersebut akan teringatkan kita. Minta-mintalah malam ni dapat mimpi Encik Aiman
a.k.a Mr. Jodoh aku tu. - Luahnya
didalam hati sambil tersenyum nakal.
**
‘’Hemm, Arel.’’ Arel senyum sebaik
sahaja panggilannya bersambut. Dapat mendengar suara lembut gadis pujaannya
sahaja sudah mampu mencambahkan rasa bahagia di dalam hati. Apatah lagi jika suatu
hari nanti empunya suara itu sudi untuk mengisi tempat sebagai permaisuri di hati. Dalila adalah nama yang setia terpahat di
hatinya sejak sekian lama. Dalila
jugalah dirinduinya sepanjang berjauhan.
‘’Arel, are you
there?’’ Suara Dalila bergema lagi.
Hairan, berkali-kali dia memanggil nama Azharel tetapi sepi sahaja. Takkanlah Arel mengigau sambil dail nombor
aku? Dalila berkira-kira.
‘’Arel!’’ Suara ditinggikan sedikit. Mana tahu tengah-tengah malam macam ni 'sound sistem' lelaki itu ada kureng sedikit.
Seperti
terkena renjatan elektrik, Azharel tersedar dari lamunan. Malu sendiri. Mujurlah Dalila bukan di depan
mata. Kalau tidak memang tak tahu nak
sorok mana muka tu. ‘’Ehem,
ya..ya. I’m here.’’
‘’Lah,
you ni. Nasib baik I tak offkan line tadi.’’
Azharel
menyengih. ‘’Sorry, honey bunny…’’
Hunny Bunny pula
dah. Dalila menggeleng-gelengkan
kepala. Ada sahaja gelaran Azharel
untuknya. Kalau bukan kerana lelaki itu
adalah sahabat baiknya sendiri, jangan mimpilah nak panggil dia dengan nama
sebegitu.
‘’By the way,
I ganggu you ke ni?’’ Soal Azharel ala-ala skema.
Dalila
buat muka dengan jawapan Azharel. ‘’Hem,baru
sekarang pandai nak tanya? Biasa you ni suka main redah aje kan. Call bila-bila masa you suka. Mana you
kisah pun nak tanya sama ada you tu menganggu
atau tidak.’’ Sebaik sahaja ayat dihabiskan, dia dapat mendengar dengan jelas suara
Azharel yang sedang galak ketawa dihujung talian. Kedengaran romantik. Tentu dengan mudah sahaja hati gadis-gadis di
luar sana tertawan dengannya. Tetapi
bagaimana pula dengan sekeping hati milik Dalila?
‘’Ketawa
pula dia.’’
‘’You
ni, bagi lah jawapan yang boleh buatkan hati I ni berbunga-bunga sikit. Ini tidak, I pula yang you lecture.’’ Ujar Azharel berpura-pura
jauh hati. Bahagia sebenarnya. Nak
manja-manja sikit dengan si pemilik hati. Kalau dengan orang lain memang tak
adanya dia nak mengada-ngada sebegini. Dia
kini sedang berdiri di balkoni bilik tidurnya sambil menikmati suasana sejuk
pada malam hari.
‘’Orang
macam you ni memang tak boleh diberi muka sangat, Rel. Hem,
ada something interesting you nak share dengan I ke ni?’’ Dalila menopang
dagu dengan tangan kanan. Posisi selesa
baginya sambil menunggu Azharel menyambung kata.
Semasa Azharel menetap di luar negara dahulu,
mereka hanya berhubung melalui telefon atau Skype
sahaja. Paling kurang pun dalam seminggu
sekali. Ini kerana masing-masing sibuk
dengan urusan kerja. Dan setiap kali
Azharel menghubunginya pasti ada sahaja cerita atau pengalaman menarik yang
akan Azharel kongsikan.
Azharel
menggaru-garu dahi dengan tangan kanan manakala tangan kirinya memegang telefon
bimbit.‘’Esok malam you free?’’
‘’Esok?
Hem..I tak confirm sebab esok I ada meeting
dengan supplier. But, if meeting tu habis awal pun,
rasanya I memang tak plan nak ke
mana-mana. Hmmm.. you tanya ni nak
ajak I keluar ke?’’
‘’Yeah, dah
lama tak hang out macam
dulu-dulu. So, Miss Designer how about a nice dinner tomorrow?
‘’That would be great. Hmmm, tomorrow if anything i will let you
know okay.’’
‘’Alright hunny bunny, but still..
make sure that you can make it. For
me. Please?’’ Azharel bikin nada romantis. Dengan harapan agar
Dalila berusaha untuk menyimpan sedikit masa untuknya esok. Sekejap pun tidak mengapa, asalkan Dalila muncul
di depan mata. Azharel sengih lagi.
‘’Over.’’ Dalila
mencebik. Oleh kerana mereka sudah bersahabat
sejak kecil, jadi bagi Dalila layanan Azharel kepadanya adalah perkara biasa,
kan? Itu yang sering Dalila ingatkan kepada dirinya sendiri.
‘’Okay, okay I will try Arel.’’ Sambung Dalila lagi.
‘’Good. Sebab tu I
sayang you.’’
Azharel mematikan talian telefon dengan
senyuman yang masih melekat pada wajah.
‘I sayang you’’ Ayat akhir itu memerlukan kekuatan untuk dia luahkan
setelah sekian lama memendam perasaan.
Mengertikah Dalila dengan klu ala berani mati yang telah dia
berikan? Atau mungkin Dalila hanya
menganggap sayang itu adalah sayang kepada seorang kawan?
**
Hari
ini, elok sahaja Encik Azhar sekeluarga dapat
menikmati sarapan pagi bersama-sama.
Encik Azhar juga tidak perlu tergesa-gesa ke pejabat kerana mesyuaratnya
telah ditangguhkan ke sebelah petang.
Satu peluang baik untuk mereka sekeluarga berkumpul. Ini kerana bila Encik Azhar balik dari
pejabat, Azharel pula yang tiada di rumah.
Hilang entah ke mana sehingga ke sebelah malam. Sibuknya mengalahkan orang yang bekerja. Jadi, makan malam tinggallah dia dan Puan
Adibah sahaja.
‘’Daddy cadang nak Arel uruskan Marketing Department. As Executive Manager. Apa pendapat
Arel?’’ Suara Encik Azhar memecah sunyi.
Azharel yang kusyuk dengan makanannya terus tayang wajah. Puan Adibah yang baru selesai menuang kopi panas
ke dalam cawan suaminya pula menoleh ke arah anak lelaki mereka.
‘’Marketing
Department. Hemm, sounds good to me.’’ Sahut
Azharel ringkas sebelum membaringkan sudu dan garfu, di sisi pinggan yang masih
berbaki.
‘’Bukan ke department tu sekarang Mr Chia yang handle?’’ Soal Puan Adibah.
‘’Ya.’’ Sahut Encik Azhar dengan sekali
angguk.
Dulu,
Azmira pernah bekerja di bahagian tersebut sebelum berkahwin empat tahun yang lepas. Tetapi setelah berkahwin, Azmira mengambil
keputusan untuk berhenti kerja kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian
terhadap keluarganya. Apatahlagi si
kecil Danial semakin membesar dan amat memerlukan perhatian ibunya. Mereka sekeluarga kini menetap di Perth, Australia untuk menguruskan
cabang syarikat keluarga sebelah Wan Haiqal di sana.
‘’So, how about Mr. Chia?’’ Soal Puan
Adibah lagi.
‘’Mr.
Chia akan di pindahkan ke cawangan baru di Pulau Pinang so, in
the meantime saya fikir elok Arel gantikan tempat dia. Plus, department tu
sesuai untuk Arel since dia memang
dah master dalam bidang pemasaran.’’ Jawab Encik Azhar sambil menghirup perlahan
kopi yang masih panas.
‘’But
dad, in the meantime?’’ Arel jungkit kening. ‘’Maksudnya, Arel temporary saja kat situ?’’ Keningnya
yang lebat itu kemudian bergabung. Apa maksud
ayahnya dengan sementara waktu? Kerja untuk jangka masa yang pendek sementara
syarikat dapatkan Pengurus Eksekutif yang baru.
Begitu? Takkanlah dia yang
terpaksa berhenti kerja dan datang dari jauh hanya untuk ini? Wajah ayah dan
ibunya dipandang silih berganti.
Encik Azhar angguk lagi. ‘’Syarikat akan carikan EM yang baru untuk
gantikan tempat tu.’’ Azharel mengerutkan dahi.
Puan Adibah pula nampak tenang kerana dia sudah sedia maklum tentang niat
sebenar suaminya.
‘’Bila
dah tiba masanya nanti..then how about me?.’’ Arel suarakan persoalan
yang menyinggah sejak tadi.
‘’Yang tu Arel tak payah risau. Dad dah aturkan semuanya. Dad ni dah tua Arel, takkan selamanya nak
habiskan masa dengan kerja aje. Dah tiba
masanya untuk daddy berehat, tumpukan
perhatian dengan keluarga dan beribadah.
‘’Takkanlah...’’ Arel angkat
kening. Dia dapat mengesan sesuatu dari
ayat Encik Azhar.
##
SIAP! Segala jenis pastri telah selesai Nana susun
mengikut jenis ke dalam confectionary
showcase. Kemudian, kain lap dicapai
dan dengan tekunnya dia mengelap meja-meja yang telah disusun oleh Iwan
sebentar tadi. Tinggal kurang sepuluh
minit saja lagi sebelum kafe dibuka.
Fiza dan Nurul pula di bahagian dapur, juga melaksanakan tugas
masing-masing. Shila, katanya akan masuk
lambat sikit. Ada urusan yang perlu
diselesaikan terlebih dahulu.
‘’Sis dah isi ke belum form
yang kita cakap semalam tu?’’ Soal Iwan sambil mendekati Nana yang sudah
bersedia di kaunter. Dia baru usai
menggantungkan papan tanda ‘buka’ di depan pintu kafe.
‘’Mestilah dah.’’ Sahut Nana
cepat. Semangat. Muka pun nampak ceria.
‘’Hmm..semangat nampak.’’Sengih Iwan.
Dia bersandar pada confectionery
showcase sambil memerhatikan Nana yang sedang sibuk menyusun macaron
berwarna-warni di dalam satu bekas.
Tangan Nana memang tak boleh nak duduk diam. Ada saja benda yang nak diusiknya.
‘’Iwan fikir apa, kak Nana bila
cakap nak buat sesuatu akak mesti buat. Tapi,
dapat ke tak dapat panggilan temuduga tu aje yang akak tak tahu lagi.’’ Dia
tidaklah begitu berharap. Dapat
panggilan temuduga pun dah kira bagus.
Sekurang-kurangnya dia dapatlah mencuba nasib. Kalau berjaya temuduga, itu kira rezeki.
‘’Siapa kata tak dapat. Mesti dapat punyalah.’’ Bunyi Iwan
yakin.
‘’Iwan pandai aje cakap. Yang Iwan sendiri tak isi tu kenapa?’’
‘’Berapa kalilah Iwan nak cakap kat
Kak Hana ni yang Iwan tak minat kerja pejabat tu semua. Eeee..Iwan
lagi suka kerja macam ni. Tak stress. Iwan pun tak payah pakai baju
kemeja dengan tali leher tu semua. Rimas
tau. ’’ Tutur Iwan dengan lenggoknya seraya mengipas-ngipas muka dengan
tangan.
‘’Yalah, Iwan untung. Keluarga senang. Tiap-tiap bulan papa Iwan bagi elaun bulanan.
Duit gaji pun buat duit poket aje. Kesimpulannya,
poket memang sentiasa berisi. Tak payah risau nak cari kerja lain.’’ Hai,
beruntungnya hamba Allah yang ini!
‘’Siapa kata untung? Sejak Iwan kerja ni, papa dah tak kasi elaun
macam dulu. Dia kata, Iwan mesti cari
duit sendiri. Jangan asyik harap dia yang
beri...bla bla.’’Iwan layang muka jengkel.
Nampaknya Hana dah tersalah sangka. Sudahnya, giliran dia pula yang menyengih. Lucu pun ada bila tengok muka meluat si Iwan. Budak yang berumur dua puluh tahun itu memang ada
saja gelagatnya yang boleh menghiburkan hati orang lain. Kena pula dengan dirinya yang berapa cukup hormon
lelaki tu. Ingatkan muka saja, tapi tak sangka
hati pun jambu.
‘’Woi!’’ Jerkah Nana tiba-tiba. Mana tidaknya, dengan pantas aje tangan si sotong
tu menyambar sebiji macaron lalu dimasukkan ke dalam mulut. Jadi cacatlah susunannya. Budak ni memang nak kena pulas telinga jugak dengan
aku!
No comments:
Post a Comment