BAB 2
SUASANA di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuching pagi itu sudah mulai riuh walaupun masih terlalu awal. Azharel Hakimi yang sudah
tidak betah menunggu di dalam, terus menolak troli yang memuatkan beberapa
buah bagasinya melewati pintu utama. Di situ
ada beberapa orang yang berlegar-legar di kawasan lobi mungkin juga sedang menunggu untuk dijemput. Matanya meliar mencari orang
yang dimaksudkan oleh ibunya di dalam perbualan telefon petang semalam. Agak lama juga dia tecegat di situ, orang yang ditunggu belum juga kelihatan. Dia mula hilang sabar.
‘’Mana pergi budak Asrul ni. Macam mana mummy boleh ambil dia bekerja kalau tak reti
nak sampai on time. Benda punya basic pun nak kena ajar ke?
Patutnya minta Pak Abu aje yang ambik aku tadi.’’ Azharel membebel
sendiri sambil menilik jam tangan. Kalau
aku tahu jadi macam ni, baik aku balik naik teksi saja. Fikirnya, sebaik sahaja melalui balai ketibaan akan ada seseorang yang menyambutnya disitu, tetapi fikirannya meleset. Azharel mendengus.
‘’Ermm, encik ni...encik Azharel ke?’’
Seorang lelaki berkulit hitam manis mendekati Azharel.
Azharel menoleh lalu menilik lelaki itu dari bawah ke atas. '’Hem, kau
Asrul driver baru mummy tu?’’ Soalnya serius.
Asrul mengangguk. ‘’Ya, saya bos.’’ Dia sedar bahawa
wajah bos mudanya itu mengetat. Satu
petanda bahawa dia pasti akan kena kaw kaw lepas ni.
Dahi Azharel berkerut. Orang yang membuatkan dirinya terpaksa berdiri lama sudah memunculkan diri. Dan..‘’Kau sedar tak yang kau dah lambat? Aku dah
dua puluh minit tunggu kat sini macam orang bodoh. My mum cakap yang kau akan sampai sharp jam tujuh. Kau pergi mana?’’ Benar
telahan Asrul. Azharel nampaknya marah.
Dia faham, lelaki itu masih terasa penat selepas penerbangan yang memakan masa begitu lama, kemudian dia terpaksa pula menunggu. Silap Asrul juga kerana terlupa untuk mengunci jam loceng sebelum tidur malam tadi. Hasilnya, dia bangun lewat dari masa yang sepatutnya.
Dia faham, lelaki itu masih terasa penat selepas penerbangan yang memakan masa begitu lama, kemudian dia terpaksa pula menunggu. Silap Asrul juga kerana terlupa untuk mengunci jam loceng sebelum tidur malam tadi. Hasilnya, dia bangun lewat dari masa yang sepatutnya.
‘’Maafkan saya, bos. Betul, saya dah janji dengan puan yang saya akan sampai sebelum jam tujuh, tapi...'' Asrul berkira-kira untuk mencari alasan. Kalau majikannya itu tahu punca sebenar kelewatannya, mahunya mengamuk pula lelaki itu nanti.
''Tapi apa?'' Azharel meninggikan suara.
''Jalan sesak, bos.'' Itu jawapan yang Asrul berikan. Ringkas dan selamat. Selamat?
Azharel mengerut dahi. Antara percaya dengan tidak untuk menerima alasan pemandu baru itu.
''Betul bos, jalan sesak sangat tadi. Biasalah, waktu-waktu macam ni orang nak berangkat ke tempat kerja.’’ Mantap! Boleh lagi Asrul tambah perasa dalam gorengannya. Takut bos punya pasal. Goreng sajalah.
''Tapi apa?'' Azharel meninggikan suara.
''Jalan sesak, bos.'' Itu jawapan yang Asrul berikan. Ringkas dan selamat. Selamat?
Azharel mengerut dahi. Antara percaya dengan tidak untuk menerima alasan pemandu baru itu.
''Betul bos, jalan sesak sangat tadi. Biasalah, waktu-waktu macam ni orang nak berangkat ke tempat kerja.’’ Mantap! Boleh lagi Asrul tambah perasa dalam gorengannya. Takut bos punya pasal. Goreng sajalah.
‘’Enough.
I don’t want to hear any excuses.
Kau ni dah berapa lama kerja?’’
‘’Tak lama bos, baru enam
bulan. Ini pun kali pertama saya
bekerja. Ke..kenapa bos tanya?’’
‘’Huh,
no wonder lah. Hmm, aku lepaskan kau
kali ni pun sebab mummy aku. Kalau next time kau buat hal macam ni lagi, aku tak bagi muka dah. Faham?’’
‘’Faham bos.’’ Asrul menundukkan
kepala. Fuhh, nasib baik. Belum sempat
dia membukakan pintu penumpang untuk majikannya itu, Azharel sudahpun
berbuat demikian. Dah tak sabar nak
balik dah bos aku ni. Tanpa berlengah,
Asrul mengangkat beberapa buah bagasi yang tersadai di tepi untuk dimasukkan ke
dalam bonet kereta. Berat pun beratlah,
bos punya pasal.
##
Sampai saja di Villa Bunga Raya,
Azharel mandi dan turun ke tingkat bawah. Dia hairan.
Suasana di dalam banglo besar itu masih sunyi sepertimana dia sampai
tadi. Tadi, sengaja dia tidak terus
berjumpa dengan kedua orang tuanya.
Ingatkan nak bagi suprise,
tapi sebaliknya dia pula yang kena surprise.
‘’Daddy dengan mummy mana, Mak Odah?
Dari Arel sampai tadi tak nampak pun bayang mereka. Tak turun breakfast
ke?’’
‘’Mereka berdua awal-awal tadi
dah keluar, Rel. Nak sarapan terus kat luar kata mereka. Tuan ke pejabat dan puan pula kata dia ada temu
janji dengan apa tu, klen? Klin?’’
‘’Klien lah, Mak Odah.’’ Azharel
ketawa kecil.
‘’Lebih kurang macam tu lah, Rel.
Berbelit lidah Mak Odah ni nak menyebutnya.''
‘’Hem,
ingatkan nak bagi surprise. Alih-alih, dua-dua tak ada kat rumah.’’
Azharel menyandarkan tubuh pada belakang kerusi sambil menunggu Mak Odah
selesai menyenduk mi goreng ke dalam pinggannya.
‘’Arel nak ke mana lepas ni,
bergaya semacam saja Mak Odah tengok.’’ Bukannya Mak Odah jenis yang suka jaga
tepi kain orang lain, tetapi dia memang sudah terbiasa dengan keluarga
majikannya itu. Azharel dan kakaknya Azmira sudahpun
dia anggap seperti anak-anak kandungnya sendiri.
‘’Macam biasalah Mak Odah, keluar
cari hiburan. Duduk kat rumah nak
buat apa, mummy dengan daddy pun tak ada.’’ Tutur Azharel sambil mengunyah mi
goreng.
‘’Mak Odah kan ada. Boleh tolong Mak Odah potong rumput kat laman
belakang tu macam selalu. Ada jugak
teman berbual Mak Odah nanti. Nak
harapkan si Asrul tu, hujung-hujung tak habis-habis kerja Mak Odah nanti. Nak bertengkar saja kerjanya.’’ Kata Mak Odah.
Azharel menyengih. Dia tahu yang Mak Odah bergurau
dengannya. Potong rumput? Dulu masa cuti belajar dia lah yang selalu
bantu Mak Odah potong rumput di sekitar luar banglo ni. Siram pokok bunga tu pun dia tak lupa. Dulu-dulu bolehlah, tapi sekarang dah
lain. Tak macho lah potong-potong rumput tu semua.
‘’Balik nanti lah eh, Mak
Odah. Arel ada sikit hal kat luar.’’
‘’Hem, yalah
tu. Asal lepas balik aje dari negara mat
salih tu Arel memang tak betah nak duduk rumah.
Kali ni berapa lama pula Arel bercuti ni?’’ Mak Odah melabuhkan punggung
ke atas kerusi, berhadapan dengan anak majikannya itu. Azharel memang tak suka kalau makan seorang
diri. Sekurang-kurangnya seseorang harus
menemaninya makan. Itu sikap Azharel
dari kecil lagi. Mak Odah memang dah
faham.
‘’Mummy tak cakap
apa-apa dengan Mak Odah ke?’’
‘’Entah, Mak Odah tak tanya
pula. Yalah, mummy kamu tu makin sibuk
kebelakangan ni. Mak Odah tak ada
peluang nak tanya dia. Berapa lama Rel?’’
Azharel ketawa. ‘’Mak Odah, Arel dah tak kerja kat sana
lagi. Sekarang Arel stay sini untuk selama-lamanya.
Lagipun daddy yang nak macam tu, kerja kat syarikat dia. Now,
are you happy Mak Odah?’’
Melebar senyuman Mak Odah. ‘’Baguslah
tu. Jauh dari keluarga apa yang eloknya
kan. Belajar kat sana, kerja pun kat
sana. Balik dua tiga kali setahun saja.
Nasib baik, kahwin pun bukan dengan orang sana.’’
‘’Kenapa? Apa salahnya kalau Arel kahwin dengan orang
sana..Kan global, Mak Odah.
Hehe.’’ Azharel, kalau bab-bab mengusik dia memang suka. Lebih-lebih lagi dengan wanita tua itu.
’'Hisy, kalau kamu kahwin dengan minah
salih tu, tak retilah Mak Odah nak masak masakan barat tu semua nanti Rel. Susah. Tak
pasal-pasal Mak Odah terpaksa buka kamus bila bercakap dengan dia.’’
Mengenangkan sahaja dah boleh buat Mak Odah pening kepala.
‘’Arel gurau sajalah. Mulanya memang Arel tak setuju tapi, bila
daddy dah berkeras Arel nak buat macam mana kan. You
know, bagi daddy he’s always right.’’
‘’Arel apa khabar, sihat tak
ni? Kenapa makin kurus aje Mak Odah tengok.’’
‘’Mak Odah, Mak Odah. Arel dah dua jam sampai rumah baru sekarang
Mak Odah nak tanya khabar.’’ Tawa Azharel tersembur. Nasib baik dia dah telan habis air kopi
tadi. Kalau tak, memang dah tersembur terkena
muka wanita tua dihadapannya itu.
‘’Alah, Mak Odah baru
teringat. Lama tak jumpa kamu kan..’’
‘’Arel sihat. Badan cukup tough macam ni cakap kurus.
Betul ke tidak mata Mak Odah tu.
Arel kat sana hampir tiap-tiap hari pergi gym tau. Buat muscle. Hehe..’’
‘’Banyaklah kamu punya gym. Tambah lagi mi goreng tu kalau nak muscle-muscle..’’
Pula!
No comments:
Post a Comment