BAB 10
‘’AREL,
mari sini kejap.’’ Pinta Puan Adibah bila ternampak kelibat anak terunanya sedang
menuruni anak tangga. Senyumannya
melebar bila Azharel berjalan menghampiri.
‘’Yes, mum?’’
Soal Azharel malas. Puan Adibah lihat anaknya itu sudah berpakaian kemas
seperti hendak keluar. Azharel, mana nak
betah berkurung di rumah lama-lama.
Panas punggungnya nanti.
‘’Duduklah
dulu.’’ Puan Adibah menepuk sofa, mengisyaratkan agar Azharel duduk
bersebelahan dengannya. Tanpa banyak
bunyi, Azharel akur. Entah apa pulalah yang
ibunya nak sampaikan kali ni. Hatinya
dijentik perasaan kurang senang bila melihat senyuman penuh makna milik ibunya.
Mak Odah yang duduk di sebelah kanannya juga terlihat sedang tersenyum senang.
‘’Arel
tengok gambar-gambar ni.’’ Beberapa keping gambar yang dipegang oleh Puan
Adibah dihulurkan kepada anaknya. Tanpa
teragak-agak, Azharel menyambut. Setiap
kepingan gambar itu di tatap satu-persatu tanpa perasaan.
‘’Oh,
mum nak cari anak angkat? Mum, biasa kalau
orang nak ambik anak angkat ni dia orang akan cari budak kecik. Bukan yang dah dewasa macam ni. Lainlah kalau mum bermurah hati nak carikan
calon isteri nombor dua untuk daddy, logik
sikit.’’ Tutur Azharel selamba. Padahal
dia tahu agenda sebenar ibunya itu. Saja
dia buat-buat bodoh. Mak Odah pula hampir
nak tergelak, tapi ditahan-tahan.
‘’Apa
yang Arel merepek ni. Ni semua
calon-calon isteri untuk Arel lah. Kenapa
mummy nak hilang akal pulak nak carikan calon madu.’’ Panas hatinya dengan
kata-kata Azharel itu. Jenaka yang tak
kedengaran lucu pada pendengarannya.
‘’Arel
tengok betul-betul, lepas tu beritahu mummy yang mana satu Arel berkenan.’’
Azharel
melepaskan keluhan berat. Dia tak
menjawab. Riaknya tetap kosong seperti
tadi. Bab kahwin lagi. Not again!
Dalam
lima keeping gambar yang ada, Puan Adibah tarik sekeping gambar lalu
ditunjukkan kepada anaknya. ‘’Yang ni
Zarina. anak kawan baik mummy, Datin
Maria. Arel ingat lagi kan, dulu masa Arel
kecik-kecik kamu berdua pernah berjumpa masa birthday dia.’’
‘’Yah, so?’’
‘’Arel
suka tak?’’
Kening
Azharel bertaut. ‘’Suka? Mum, Arel jumpa
dia sekali aje. Itupun lama dulu.’’
‘’Itu
mummy tahu lah. I mean, what do you think
about her?’’
‘’What about her?’’
‘’Arel,
boleh tak jangan berbelit-belit. Mummy
sebenarnya dah berkenan dengan Zarina ni. Dia baik budaknya. Mummy suka kalau dia jadi menantu keluarga
kita. Mummy pilih dia untuk Arel.’’
Kening
Azharel yang lebat bertaut. Kalau dah
berkenan dengan yang seorang tu, jadi tak perlulah ibunya minta dia memilih
yang mana satu dia berkenan tadi .
Taktik mau ada!
‘’Oh please, mum. Takkan
mummy nak Arel kahwin dengan orang yang Arel tak cinta. Itupun baru sekali jumpa. This is
just plain absurd.’’ Azharel menderam.
‘’What’s wrong with
that?
Sekarang mungkin Arel belum ada apa-apa perasaan kat dia. Mana tahu nanti lepas kahwin, perasaan cinta
tu datang.’’
‘’Mana
tahu? ‘Mana tahu’, means that mum pun
tak pasti masa depan Arel nanti dengan dia betul-betul bahagia atau tidak.’’
Dia mengenakan ibunya.
‘’Arel,
kenapa degil sangat ni. Boleh tak sekali
ni aje Arel ikut cakap mummy? ’’
‘’Look, mum.
Mum tak boleh atur hidup Arel sesuka hati. Arel bukan macam Azmira yang boleh ikut
aje semua yang mummy nak. Kita dah
bercakap pasal ni kan dulu. So, kenapa
nak ungkit lagi. You broke your promise.
I had enough of you.’’
Azharel
mengeluh seraya memicit dahi dengan sebelah tangan. Stres.
‘’Kalau mummy suka dia jadi anak menantu, baik mummy ambik aje dia jadi anak
angkat. Senang.’’ Dia sudah angkat
punggung. Sebab inilah dia tak boleh
duduk lama-lama di rumah. Dalam sehari
tak sah kalau tak bertekak dengan Puan Adibah.
Daripada menambah dosa, lebih baik dia mencari ketenangan di luar.
‘’Azharel
Hakimi! Mummy serius ni.’’ Puan Adibah meninggikan suara. Mak Odah tersentak sedikit. Tak sangka pula perbualan anak dan ibu ini
akan jadi sebegini serius.
‘’Arel
pun serius. Berapa kali Arel nak cakap,
Arel tak suka mummy carikan isteri untuk Arel.
Arel boleh cari sendiri. Fullstop!’’
Azharel bernada tegas. Dia sudah mahu
angkat kaki dari situ, tetapi..
‘’Okey,
kalau macam tu mummy nak tengok.’’
Azharel
berpaling memandang wajah ibunya. Kata-kata Puan Adibah yang seterusnya yang dia
tunggu-tunggu.
‘’Mummy
beri masa setahun untuk Arel. Kalau
dalam tempoh tu Arel tak jumpa calon isteri yang sesuai, Arel kena kahwin
dengan calon pilihan mummy. Masa tu,
mummy tak nak dengar apa-apa bantahan lagi dah.’’
Azharel
layang senyuman senget. Memang itu yang
ingin dia dengar dari mulut wanita itu tadi.
Sudah tentulah dia akan menyahut cabaran itu.
‘’Okey, I
will.’’ Sahut Azharel yakin.
##
AIMAN
sabar menunggu Azharel menjawab soalan yang diajukannya sebentar tadi. Dia dapat mengesan sikap Azharel berlainan
sikit hari ini. Macam orang
kebingungan. Dari kecil mereka rapat,
jadi dia dah masak benar dengan sikap sepupunya itu. Mana tidaknya, tengah-tengah melayan kerenah
si kecil Mia pun, boleh lagi Azharel termenung macam kena tinggal bini.
‘’Mummy
aku. Hari ni dia bukak lagi cerita pasal kahwin.’’
‘’Oh,
patutlah dahi berkerut seribu aku tengok.
Apa lagi Mak Long cakap kali ni?’’
‘’Apa lagi bro, macam biasalah. Tadi,
dia ada tunjuk beberapa gambar calon menantu pilihan dia kat aku. Aku cakap aku tak nak, anginlah di, bro. Bukan kau tak kenal Puan Adibah tu macam
mana. Kalau boleh, dia nak paksa-paksa
sampai aku surrender.’’
Berderai tawa Aiman mendengarkan
kata-kata Azharel.
‘’Yang kau seronok-seronok ketawa tu
kenapa? Aku bukan melawaklah.’’ Azharel
sempat menjeling sambil tangannya sibuk menyusun kepingan puzzle manakala si comel Mia duduk di atas pangkuannya, turut
membantu. Sesekali anak kecil itu akan memanggil namanya bila tumpuannya lari.
Aiman, dengan santainya duduk bersandar di atas sofa tidak jauh dari mereka, hanya
menjadi pemerhati. Mia macam biasalah, ayahnya memang tak dipedulikan lagi bila
papa Arel nya ada.
‘’Kau ni memang menolak tuahlah,
bro. Dah kira bagus Mak Long carikan calon
isteri untuk kau, kau jual mahal pulak. Haih,
kalau aku memang aku rembat aje bro. Tak
payah susah-susah nak cari.’’
‘’Betul ke apa yang umi dengar tadi?
Bertuah ya? Kalau umi carikan ibu baru
untuk Mia nanti, Aiman nak ke main rembat aje ke? Tak boleh tolak tuah, Aiman.’’ Puan Arjuna
tiba-tiba muncul sambil membawa dulang berisi minuman dan goreng pisang dari
dapur sambil mengukir senyuman penuh makna kepada anak lelakinya. Aiman telan air liur. Tak menyangka yang ibunya akan memasang
telinga. Padanlah muka dia, sekarang wanita itu ada modal untuk mengenakannya
kembali.
‘’Itu ‘kalau’ aje umi.’’Tambah Aiman
kalut. Giliran Azharel pula ketawa. Itulah, pandai cakap aje. Bila kena batang
hidung sendiri, tahu pula sentap.
‘’Eh, boleh pulak kalau-kalau. Kalau dah orang tua tolong carikan jodoh,
terima aje lah. Kan lagi berkat macam tu.’’
‘’Tak puas membujanglah umi.’’ Sengih
Aiman sambil tayang barisan giginya yang putih.
Puan Arjuna menampar lembut bahu anaknya mendengarkan pengakuannya itu.
‘’Hem, iyelah tu. Ada aje jawapan kamu. Bila umi tanya nanti, macam-macam alasan yang
kamu bagi.’’
‘’Kena kahwin dengan pilihan keluarga
mana boleh Mak Ngah. That was so
yesterday. Kita orang ni bukan macam
orang dulu-dulu.’’ Tambah Azharel pula lalu mengucup lembut ubun-ubun Mia. Anak
kecil itu membalas perlakuannya dengan menghadiahkan satu ciuman pada pipi ayah
saudaranya itu. Ternyata dia cukup
selesa di pangkuan Azharel.
‘’Dulu tak dulu. Inilah masalah budak-budak zaman
sekarang. Suka nak bandingkan zaman dulu
dengan sekarang. Ini Mak Ngah nak cakap sikit.’’ Selepas menghulurkan secawan
kopi panas kepada Azharel, Puan Arjuna terus melabuhkan punggung di atas sofa
bersebelahan dengan Aiman.
‘’Dalam
perkahwinan ni, redha orang tua tu penting. Ibu bapa ada hak dalam memilih
pasangan hidup anak-anak. Rasulullah sendiri pernah bersabda; Keredhaan Allah
terletak pada keredhaan ibu bapa, manakala kermurkaan Allah terletak pada
kemurkaan ibu bapa. Kamisemua nakkan yang terbaik untuk anak-anak kami. Bukannya kami saja-saja suka nak masuk
campur. Ada kalanya kami mungkin seperti
mendesak. Yalah, ibu bapa mana yang tak nak anak-anak mereka bahagia.’’ Azharel
hanya mengangguk mendengarkan kata-kata Puan Arjuna. Dalam diam, dia mengakui
kebenaran kata-kata wanita itu.
‘’Dengar
tu Rel. Nasihat otai kita tu kena
ikut.’’ Tanpa rasa bersalah Aiman menambah.
‘’Umi
tak tujukan kata-kata umi untuk Arel sorang aje. Aiman pun sama.‘’
‘’Arel
tahu tu, Mak Ngah. Tapi, tak boleh ke
kalau Arel cari pasangan hidup sendiri.’’
‘’Arel
dah ada calon ke?’’
Azharel
diam sebentar sebelum menjungkit bahu.
Padahal dalam hati melonjak-lonjak menyebut nama Dalila.
‘’Muka
kacak macam tu tak ada girlfriend? Masa tinggal kat UK takkan tak ada yang
melekat langsung. Arel jangan nak tipu
Mak Ngah lah.’’
‘’Betul
Mak Ngah. Tak percaya, tanyalah anak Mak
Ngah tu.’’ Azharel memuncungkan bibir ke arah Aiman.
‘’Arel
tu bukan apa umi. Saja nak jual
mahal. Yalah, bajet yang hot setap setup ajelah katakan.’’
Azharel ketap bibir geram. Mamat sekor ni memang tak boleh diharap. Nak aje aku sumbatkan cawan ni ke dalam mulut
celupar dia! Gumam Azharel dalam hati.
‘’Hem,
dua kali lima sepuluh aje kamu berdua ni.
Jangan nak kata Arel sorang aje.
Kamu tu sampai bila nak macam ni.
Tak kesian ke dengan Mia tu?’’
‘’Alah,
rileks la mi. Dari umi dok sound Aiman cari ibu baru untuk Mia,
lebih baik umi carikan abah baru untuk Aiman.
Mia pun mesti nak atuk baru, kan sayang?’’ Biasalah Aiman, kalau tak
bergurau memang tak sah. Dia sengaja mengusik ibunya walaupun dia tahu yang
wanita itu tidak akan sanggup untuk berbuat demikian. Di dalam hati wanita itu tetap setia
mencintai arwah suaminya. Mia yang seolah-olah mengerti apa yang dikatakan oleh
ayahnya mengangguk ceria sebelum kembali bermain dengan anak patungnya.
‘’See,
Mia pun setuju.’’
‘’Ada-ada aje kamu ni. Bukannya pandai nak serius.’’ Puan Arjuna lantas
mencuit paha anaknya. Aiman yang
kemudiannya mengaduh kesakitan, sekali lagi mengundang perhatian Mia.
‘’Why
daddy?’’ Soal anak kecil itu hairan.
Dia bangun dari ribaan Azharel lalu mendekati ayahnya.
‘’Daddy’s
hurt over here, sweety.’’Adu Aiman sambil mengusap pahanya yang terasa
pedih dek cubitan pantas Puan Arjuna tadi.
Lepas tu, dengan spontannya tangan Mia hinggap di atas paha ayahnya,
melakukan perkara yang sama.
‘’Okey? Sakit lagi tak?’’ Soal Mia prihatin.
‘’Much
better sayang.’’ Ucap Aiman lalu mengucup pipi mulus anak tunggalnya. ‘’Terima kasih.’’
Di hujung meja, Azharel memerhati Untungnya memiliki anak secomel Mia
Zahra. Si kecil yang sering menghiburkan
hari orang-orang disekelilingnya. Menyaksikan sendiri hubungan ayah dan anak
itu membuatkan hatinya juga teringin untuk mengalaminya sendiri satu hari
nanti. Fikir saja sudah cukup buat dia
bahagia. Tetapi bila?
‘’She’s
an amazing girl.’’ Katanya sambil menoleh ke arah Puan Arjuna.
‘’Kalau dah teringin tu, buat apa
tunggu-tunggu lagi? Tadi kata, mummy
kamu dah ada calon kan. Kamu consider aje lah.’’ Usik Puan Arjuna
yang secara tidak langsung menyokong niat Puan Adibah. Nama pun adik-beradik.
Oleh kerana tidak pasti untuk
memberikan jawapan ya atau tidak, Azharel sekadar mengukir senyuman tipis. Mia sedang
berjalan ke arahnya sambil mengendong anak patung yang setia dalam pelukannya
dari tadi.
‘’Papa,
do you know how to tie her hair?’’ Soal anak itu seraya menghulurkan anak
patung barbie kepada ayah saudara yang
ingin dirinya digelar sebagai ‘papa’ sejak anak itu lahir.
Azharel berpura-pura tidak tahu
seraya menggeleng-gelengkan kepala. ‘’Papa
tak pandai. Can you show me then, sayang?’’
‘’Okey.’’
Sorak Mia girang.
##
USAI
makan tengahari, Aiman membawa Azharel mengambil udara segar di halaman banglo
mereka. Mia pula sudah dibawa oleh opahnya ke tingkat atas tadi. Tinggal hanya mereka berdua, jadi ini masa
yang sesuai untuk memulakan sesi kaunselingnya. Selain tempat berkongsi rahsia, Aiman juga
akan menjadi penasihat tidak berbayar kepada Azharel. Dia tahu Azharel datang ke rumahnya atas
tujuan itu.
‘’Kau
kata Mak Long beri masa setahun aje?’’ Aiman sudah mengambil tempat di atas
kerusi taman sambil duduk menyilangkan kaki di situ. Azharel sekadar mengangguk, tetapi perhatiannya
pada sekumpulan ikan koi sedang berenang bebas di dalam kolam sederhana besar
yang terbentang di hadapannya sambil menghisap sebatang rokok.
‘’So, what’s your plan?’’
‘’I’m not sure though.’’
Sahutnya bersahaja. Rokok yang berada di
antara jari telunjuk dan jari hantu disedut lagi. Berkepul-kepul asap rokok yang dihembus
keluar dari mulutnya. Nasib baik Mia
tiada di situ. Sebolehnya dia tidak mahu menayangkan contoh tidak baik itu
dihadapan anak kecil itu. Dia yang
sebenarnya bukanlah seorang perokok tegar hanya akan menghisap ‘racun’ itu bila
fikirannya terganggu sahaja. Boleh
dikatakan hanya dua atau tiga kali seminggu.
‘’Let
say, Ila tolak cinta aku. What should I do then? Aku tak sanggup
kena paksa kahwin dengan pilihan mummy aku. Nak cari pengganti Ila within a year memang tak boleh bro. It’s
not that easy. Bukan mudah untuk aku lupakan perasaan yang aku simpan
bertahun-tahun ni untuk dia.’’ Belum
apa-apa, Azharel sudah dapat membayangkan kesudahan sedih kisah cintanya
nanti.
‘’Kau
jangan fikir negatif dulu Rel. Perkara
pertama dan yang paling penting sekarang, kau kena berterus terang dengan Ila. Tell her what do you feel about her. Kau
luah baik-baik dekat dia. I’m sure, everything would be fine. Insya-Allah, bro.’’ Aiman meyakinkan
sepupunya yang paling rapat itu.
Baru
setengah batang rokok yang dihisap, Azharel sudah membuangnya ke dalam bekas
abu rokok di atas meja.
Dia kemudiannya mengambil tempat di sebelah Aiman.
‘’Kau
ingat lagi apa yang jadi bila aku confess
perasaan aku dekat arwah dulu?’’
‘’Ingat. Dia terus simbah air mineral ke muka kau
sebab dia tahu kau tu kasanova sekolah dan sangat annoying di mata dia.’’ Dihujung ayatnya, Azharel ketawa
kecil. Begitu juga Aiman.
‘’Tapi
lepas tu dia terima aku jugak.’’ Tutur Aiman tenang sambil memandang ke
langit. Kenangan indah bersama arwah
isterinya yang sentiasa segar di ingatan.
Seperti baru semalam dia mendengar suara merdu itu menyebut namanya. Wajah indahnya yang sentiasa mengisi ruang
mata setiap kali dia menutup matanya.
Bagi Aiman tiada sesiapa yang boleh menggantikan arwah Zara di dalam
ruang hatinya. Tidak akan.
‘’Memanglah,
kau dah ayat arwah dengan kata-kata manis kau tu. Siapa yang tak surrender?‘’
‘’Yalah,
perempuan ni kena saji telinga dia orang dengan ayat-ayat mantap bro. Baru menjadi.’’ Aiman tayang muka bangga. Naik mual anak tekak Azharel mendengarnya.
‘’Bukan macam kau tu. Mula-mula kau kacau junior-junior cun melecun ni, tapi bila dia orang beri respon positif kau boleh buat dek pulak. Nak test aje market konon!’’ Aiman juih bibir.
‘’Bukan macam kau tu. Mula-mula kau kacau junior-junior cun melecun ni, tapi bila dia orang beri respon positif kau boleh buat dek pulak. Nak test aje market konon!’’ Aiman juih bibir.
‘’Kau
kan tahu aku tak suka dengan sesuatu yang aku senang dapat.’’
‘’Contohnya,
macam Ila lah kan?’’ Duga Aiman.
‘’Yes, because i’m
madly in love with her.’’
‘’Fuiyooo,
ayat main..’’Aiman bertepuk tangan seolah-olah baru mendengar sajak cinta panjang
dari Azharel.
‘’Kau
bayangkan, lepas aku luah perasaan pada dia, dia pun simbah air ke muka aku.’’ Gurau
Azharel. Wajahnya tidak sebingung
tadi.
‘’We both knows well what kind of person she is. She’s rational. Takkan dia nak buat macam tu. Hei, kau orang berdua mana boleh tiru scene aku.’’
‘’We both knows well what kind of person she is. She’s rational. Takkan dia nak buat macam tu. Hei, kau orang berdua mana boleh tiru scene aku.’’
Meledak
tawa Azharel dan Aiman akhirnya. ‘’Wish me luck, bro.’’ Kata Azharel.
Sedikit sebanyak dia merasa lega setelah berbual dengan Aiman petang itu.
‘’Of course.
Aku doakan yang terbaik untuk kau orang berdua.’’
‘’Daddy...papa..’’
Suara
halus si kecil Mia yang sayup-sayup kedengaran kemudiannya membuatkan mereka
berdua serentak mengalihkan pandangan ke
atas. Anak kecil itu kelihatan ceria, sedang
melambai-lambaikan tangan ke arah mereka dari balkoni sambil dikendong oleh
Puan Arjuna.
‘’She’s my life now,
Arel. My soul.’’ Ucap Aiman sambil
membalas lambaian anak kesayangannya.
Arel sekadar memberikan senyuman lalu mengangguk.
No comments:
Post a Comment