BAB 1 - Versi 2


BAB 1 

‘’HANA NAZIRA binti Abdul Rahman!’’ Azzy menyeru nama penuh milik gadis yang duduk di sebelahnya.  Tidak bersahut.  Tubuh kecil milik Hana juga masih tidak berkutik dari tadi.  Dia hanya memandang jauh ke hadapan sambil tersenyum sendiri.  Nak kena sergah minah ni, detik hati Azzy.

 ‘’Hoi, minah!’’

‘’Oi, makkk kau..’’ Nana sempat melatah sebelum mengalihkan tumpuannya kepada Azzy. Kacau daun betul minah sorang ni.  Aku nak feeling sekejap pun tak boleh!  Bebel Nana dalam hati.

‘’Kau senyum-senyum sorang tu kenapa?’’ Azzy menyengih. Suara serak basah miliknya tadi berjaya mengembalikan Nana dari lamunan.  Entah dah sampai ke benua mana entah rakan karibnya itu.

‘’Ada cerita best eh?  Kalau ada share-share lah kat aku, macam tak biasa pulak.!’’ Azzy mengeceng mata.

‘’Tak ada apa-apalah. KLMJ sekejap. Kau ni pun tak payahlah jerit-jerit, bingit kau tahu tak? Telinga aku masih berfungsi dengan baik.’’  Nana menghadiahkan jelingan kepadanya.

‘’Tadi aku dah panggil lembut-lembut kau tak dengar.  Habis tu aku main jeritlah.  Kau ni tak habis-habis dengan KLMJ kau tu.’’ Azzy menjuihkan bibir.

Nana dan Azzy telah melanjutkan pelajaran dari universiti yang sama hampir lima bulan yang lepas, tapi berlainan kursus.  Azzy sekarang bekerja sebagai pengurus di sebuah kilang tenusu. Beruntungnya dia. Awal-awal lagi dah diambil bekerja.  Nana pula, nampaknya rezeki masih belum menyebelahinya.  Dia sekarang di bekerja di sebuah kafe milik sepupu Azzy buat sementara waktu.

’Hey girls.. KLMJ tu apa?’’ Ini lagi sorang sepupu Nana, si Hafiz.  Kalau bukan dengan kawan-kawan lelaki dia, dengan siapa lagi dia nak melepak kalau bukan Nana dan Azzy.

‘’KLMJ tu singkatan bagi ‘Kenangan  Lalu Mengusik Jiwa’. Ada faham?’’Azzy, tanpa dipinta dia sudah menjelaskan.  Azzy, kalau dengan Hafiz cepat saja dia bagi respon. 

''Ada-ada aje lah korang berdua ni.  Macam-macam singkatan.  KLMJ lah, AAK lah.. Zy, ayam tu kau tak nak makan ke?  Tak bercuit pun aku tengok.’’  Hafiz memuncungkan mulut ke arah pinggan Azzy yang masih bersisa. 

‘’Aku dah kenyanglah. Kalau kau nak, cakap sajalah.  Soal-soal pulak.’’ Sahut Azzy sambil menyedut air sirap bandung di hadapannya.  Lebar senyuman Hafiz lalu menyambar pinggannya.  

 Suasana pada petang itu agak riuh dengan suara pelanggan yang tidak putus-putus berkunjung ke Medan Selera, Kg Boyan. Berdekatan situ juga terdapat jeti untuk bot-bot penambang yang menjadi tarikan pelancong sebagai medium pengangkutan untuk ke pusat Bandar Kuching yang letaknya di seberang sungai sahaja.  

  Kalau bukan sebab Hafiz yang beria-ia memujuk untuk menemaninya makan, Nana dan Azzy tak akan berada di situ pada petang itu.  Hafiz yang bersungguh-sungguh sehingga sanggup menawarkan diri untuk membelanja makan. Sudahnya Nana ajak sekali Azzy yang dia tahu dah lama menyimpan perasaan dengan Hafiz.  Secret admirer gitu.  Nasib baik hari tu Nana cuti.

Hafiz yang sedang enak meratah isi ayam yang tinggal dijeling sekilas. Azzy pula dia lihat sedang mencuri pandang ke arah Hafiz yang duduk di hadapannya penuh minat.  Hisy, parah dah Azzy ni.  Azzy, walaupun perangai agak kasar sejak di zaman persekolahan tetapi hatinya lembut.  Seperti gadis-gadis lain, dia juga mudah jatuh hati.  

Azzy memang dah lama sukakan Hafiz.  Masalahnya sekarang, dia tak berani nak meluahkan perasaannya.  Pernah jugaklah Nana cadangkan kepada Azzy supaya berterus-terang dengan Hafiz tetapi dia ragu-ragu sebab takut akan penerimaan Asyraf nanti.  Nana faham perasaannya tu. Tengok sajalah kes dia dan Nazrin dulu.  Sebelum ini, pernah juga Nana meminati seorang senior di universiti, tapi perasaan itu hanya mampu dia simpan.  Takut cintanya ditolak lagi.  Hasilnya, sampai sekarang dia tak pernah punya teman lelaki. Fobia?  Bolehlah dikatakan begitu. Ini semua Nazrin punya pasal.  Forever alone lah jawabnya.

‘’Why not you two just dating..’’ Sengaja Nana meluahkan kata-kata itu, untuk melihat reaksi Hafiz.  Suasana sepi seketika.  Malaikat lalu ke? Membulat mata Azzy memandang wajah Nana.  Hafiz pula, macam tak ada perasaan dia masih kusyuk dengan makanannya.  Tak ada effect betul la mamat ni!  Memang bagi harapan kosong saja. 

‘’Nana, semalam Lina ada sms aku.  Dia cakap bulan depan dia balik bercuti.’’ Azzy, sengaja nak tukar topik lah tu.

‘’Betul?  Bestnya.  Aku dah rindu gila kat dia.’’ Walau apa pun, Nana tetap teruja dengan pengumuman Azzy itu.  Mana tidaknya, sudah lama mereka bertiga tidak berkumpul bersama kerana Lina kini bekerja di Johor Bahru.  Bila tiba musim cuti sahaja dia akan pulang ke Sarawak menziarahi keluarganya di Kota Samarahan.

‘’Hmm, aku pun rindu kat dia.  Nanti bolehlah kita lepak-lepak macam dulu, kan?  Macam –macam dah aku plan apa nak buat nanti tau.’’ Tambah Azzy lagi dengan muka ceria.  Nana mengangguk setuju.  Seperti biasa Azzy lah yang akan membuat segala perancangan bila mereka bertiga hendak ke mana-mana.  Entah apa agaknya rancangannya kali ini.  
           
‘’Korang bertiga aje ke?  Aku pun nak join sekali, boleh?’’ Hafiz tayang muka simpati.

‘’Menyibuk aje kau ni fiz.  Kalau kau ada, susahlah. Kita orang nak cuci mata pun susah.’’Sahut Azzy.  Eleh Azzy ni.  Macamlah aku tak tahu dia lebih suka kalau Hafiz ada.  Nana menyengih.  Eksyen pulak kawan aku yang sorang ni!  Ish, ish.  Nana senyum sendiri.

‘’Kedekutnya.  Kalau aku ada, sekurang-kurangnya bolehlah aku jadi bodyguard.  Mana tahu, nanti ada budak-budak nakal ganggu kau orang bertiga masa kat shopping complex.  Kalau harapkan kau ni nak protect baik tak payah.  Harap badan aje tinggi. High kick pun tak boleh buat.’’Hafiz menjuihkan bibir sambil menjeling Azzy.  Kata-katanya itu cukup membuatkan muka Azzy berona kemerahan.  

‘’Hey, aku mengaku aku tak boleh buat high kick.  Tapi low kick aku boleh tahan tau.  Kau dah lupa ke aku pernah jatuhkan kau masa latihan taekwondo dulu?’’

‘’Itu dulu, masa zaman sekolah.  Sekarang aku dah ada tali pinggang hitam tau.’’ Kata Hafiz dengan muka bangga.‘’Kau ingat kau sorang aje ada?  Aku pun ada lah.’’Azzy juga tidak mahu mengalah.

Nana mengekek ketawa menonton pertengkaran mereka berdua itu.  Pantang sekali berjumpa mesti nak bergaduh.  Gaduh-gaduh manja gituAlahai, kalau mereka berdua ni bercouple, entah apa jadi nanti.  Agaknya tak ada nak bergaduh-gaduh macam ni.  Yang ada cumalah kata-kata mesra.  Tak pun jeling-jeling manja.  Ah, pandai aje lah kau ni Hana.  Bab berangan kaulah nombor satu!

##







No comments: