BAB 8 - Versi 2


BAB 8



‘’K
ak, Encik Aiman…siapa?’’ Nana menyoal seorang wanita yang kebetulan berjalan melaluinya.  Dengan mahu tak mahu saja suaranya keluar dek tercungap-cungap mencari nafas.  Enam variasi minuman yang dijinjing dari tadi diletakkan di atas meja pertama yang dia lihat.  Sudahlah tadi terpaksa menggunakan tangga kecemasan untuk naik ke tingkat lima kerana pada masa itu juga lah lif sedang diselenggara.  Mahunya tak penat?  Rasa nak tercabut lutut!  Bertuah punya pelanggan!  Kalau bukan sebab nak jaga reputasi kafe, tak adanya aku bersusah payah macam ni.  Kalau tidak, memang ditinggalkan sahaja minuman yang dipesan tadi di kaunter penyambut tetamu!  Inilah orang zaman sekarang, pemalas!  Nana membebel dalam hati.

‘’Nak cari Encik Aiman... ada apa ya?’’ Balas wanita itu pula ingin tahu.

‘’Ni…’’ Nana angkat bungkusan yang berisi minuman itu sebagai isyarat.  Nak bercakap pun dia dah tak larat.  Nasib baiklah wanita itu mengerti.

‘’Oh, you tunggu kejap.  I panggil dia.’’

Kurang lima minit, wanita itu kembali dengan seorang lelaki bersamanya.  Mungkin itulah Encik Aiman yang telah membuat pesanan melalui panggilan telefon tadi.  Huh, itulah lelaki yang telah menyeksa dirinya hari ini.  Mahu sahaja dia melempiaskan rasa marah.  Akan tetapi, lain pula jadinya bila lelaki itu semakin dekat.  Wajah Nana serta-merta berubah kemerahan.  Dadanya seperti di palu oleh perasaan yang dia sendiri kurang pasti.

‘’Awak dari kafe tu ya?’’ Soal lelaki itu tenang, setenang raut wajahnya.  Nana hanya mampu mengangguk tetapi matanya masih menilik wajah lelaki itu.  Tampannya!  Hanya itu yang dapat dia gambarkan. Sabar, Nana sabar.  Behave, behave.  Nana mengingatkan diri sendiri.  Mata ni pun.. pantang betul bila dapat tengok lelaki tampan sikit.  Haihh..

‘’Berapa?’’ Soal lelaki itu lagi.  Haishh, Nana menepuk dahi.  Itulah, leka.  Dia segera mengalih pandangan. Sekeping resit dikeluarkan dari poket seluar lalu disuakan kepada lelaki itu.

Oh my! Why so handsome? Nana lihat sahaja lelaki itu menilik resit tersebut seraya berangan.

‘’Hmm..here you go.’’

‘’Encik, saya tak ada duit kecik.  Encik ada duit kecik?’’Terkulat-kulat Nana sebaik sahaja lelaki itu menghulurkan sekeping not lima puluh ringgit kepadanya.  Silapnya juga kerana tidak membawa wang baki yang mencukupi.  Nak guna wang sendiri, dompetnya pula terlupa nak bawa sekali.  Jackpot! Nasib baiklah tak kena tahan dengan polis trafikdalam perjalanan tadi sebab tak bawa lesen memandu.  Oh, Nana.  Clumsy enuff!

‘’Then, you just keep the change..’’ Sahut si jejaka pula selamba.  Yalah, kerja di tempat ekslusif sebegini sudah tentu duit berkepuk-kepuk.  Setakat lima puluh ringgit apalah sangat..kan? Haihh, Nana kau fikir apa ni?  

‘’Tak boleh...tak boleh.  Banyak sangat ni, encik.’’ Berserta dengan gelengan Nana bersungguh-sungguh menolak.  Kalau setakat seringgit dua, dia taklah sekalut begini.

‘’It’s okay, awak ambil saja baki tu as a tips sebab awak dah sudi hantarkan minuman ni sampai atas.  Honestly, I’m sorry because I though that mereka hantar budak lelaki macam sebelum ni.  Tak sangka pula yang datang kali ni ‘cik adik’. Mesti penat naik tangga tadi, kan.’’

Tangga! Ya, sekarang Hana baru teringat!  Kalau diikutkan pelan asalnya, mahu sahaja dia mengamuk sakan dengan orang yang telah menyusahkan dirinya.  Tetapi, dengan serta merta juga niatnya itu terbantut.  Terbantut kerana tidaksampai hati pula ingin memarahi lelaki setampan itu.  Tambahan lagi, bila dirasakan dihujung ayat lelaki itu yang seolah-olah mengambil berat terhadap dirinya.  Berbunga-bunga harum hatinya kini.  Hana, kau memang kuat perasan kan!

 ‘’Tak boleh macam tu, encik.  Nanti bos saya marah.’’

‘’Hmm, kalau awak tak beritahu dia tak akan marah..kan?’’

Nana diam.  Bab tip atau duit, itu bukanlah perkara yang perlu dirisaukan.  Yang penting tugasnya perlu dilaksanakan dengan baik.

‘’Macam ni saja lah.  Duit ni encik pegang dulu.  Saya ke kafe, ambil duit baki dan encik boleh bayar bila saya datang balik.  Boleh?’’

Nana hairan.  Lelaki itu boleh pula ketawa dengan penerangannya.  Lucu ke?  Rasanya tidak.  Tak mengapalah, yang penting dia dah buat lelaki tampan itu ketawa danitupun sudah cukup bertuah baginya.  Sekali lagi Nana dengan fikiran nakalnya.

‘’Saya rasa idea awak tu tak cukup bijak.  Awak nak ke turun naik tangga lagi?’’ Kening Aiman terangkat.

‘’Terpaksalah.’’ Nana senyum sumbing.Apa boleh dia buat, itu sudahmenjadi tugasnya.

‘’Macam ni sajalah..since awak dah insist tak nak terima wang baki ni saya cadangkan awak ambil dulu duit ni.  Bakinya, saya akan claim bila-bilamasa saya singgah kafe awak nanti.  Boleh?’’

‘’Kafe saya?  Correction.  Kafe tu bukan saya punya, tapi bos saya yang punya.  Setahun gaji pun rasanya jauh lagi nak buka kafe sendiri.’’ Nana layang senyuman bodoh.  Weh, weh..aku cuba melawak ke ni?  Nana..your joke was sooo lame, girl. But still..lelaki tampan lagi bergaya itu mengekek. Nana bersorak dalam hati.  Oh girl, it seems like your lame joke tetap ada nilai.  Sebab berjaya lagi buat lelaki itu tayang barisan giginya yang putih itu..atau dia memang periang orangnya sebab tu mudah nak tergelak?  Agaknya kalau aku buat duck face dia gelak tak ya?  Nana bermonolog lagi.  Okey, stop it!

‘’Betul ni, encik akan datang?’’ Nana cepat mengubah topik.

‘’Betul.  Saya akan tuntut sendiri duit baki tu dengan awak nanti.  Bukannya jauh sangat pun.  By the way, what’s your name?  Nanti kalau ada apa-apa jadi, senang saya petik saja nama awak.So, jangan cuba-cuba nak hilangkan  diri.’’ Terbit segaris senyuman pada wajah si tampan itu.Aiman pula, niatnya yang hanya ingin bergurau tetapi sebenarnya terselit juga rasa ingin tahu.

‘’Huh, sudah tentulah tidak.  Encik ingat saya ni apa?  Nama saya Hana Nazira Abdul Rahman.  Siap bagi  fullname lagi hah. Jangan lupa!’’

Hati Aiman tercuit.‘’I will not..’’

Hana Nazira.  Indahnya nama..seindah orangnya.  Dan... Aiman pun tersenyum.    

**

            ‘’MOM, please..not again?’’ Membuntang mata Azharel memandang wajah ibunya.  Baru semalam dia terpaksa akur dengan keputusan kedua-dua orang tuanya untuk segera bekerja di AZ Holdings.  Dan sekarang, dia dikejutkan pula dengan cadangan tak lapuk dek hujan ibunya untuk dia segera berkahwin.  Semuanya nak segera.  Ingat benda kahwin tu benda senang ke, mom?  Azharel meraup mukanya berkali-kali dengan tuala yang tergantung pada leher.  Sisa kantuk tadi pun serta-merta hilang.   Hilang juga seleranya untuk menikmati sarapan pada pagi nan indah itu.  Indah?  Tetapi tidak seindah mood penghuni-penghuni Villa Bunga Raya itu.

            ‘’Mom dah lupa ke perjanjian kita sebelum ni?  Arel balik Malaysia, kerja dengan dad then mom akan lupakan hasrat untuk kahwinkan Arel dengan calon menantu mom tu.  Mom pun dah setuju yang kita tak ungkit pasal ni lagi, right? Tell me, mom..do I have to remind you again or you just pretend like you’re already forget about it?’’ Azharel layang riak tak percaya. - ‘Like seriously?’

            ‘’Berapa lama lagi Arel nak tunggu?  Arel nak membujang sampai ke tua?  Remember Arel, we’re getting old, not getting young.’’ Ada bau resah pada nada wanita itu.

            Azharel mengeluh.  Kepala yang tidak gatal digaru.  Makin serabai rambutnya kini. Nak bagi jawapan apa lagi kalau dia tahu Puan Adibah tetap tidak akan menerimanya.  Azharel dah kenal sangat dengan sikap ibunya itu.

            ‘’Mom and dad dah decide yang Arel kena kahwin dengan pilihan kami..fullstop!’’

            Azharel rasa nak tergelak.  Apa-apa perkara mesti nama ayahnya akan dipetik kerana ibunya tahu yang Arel hanya akan menurut jika ianya melibatkan keputusan Encik Azhar.

            ‘’Mom, can you be patient a bit? I’m already thirty that you don’t have nak bersusah payah nak carikan Arel calon isteri.  I’m not that desperate.’’

            ‘’Arel, tak faham ke yang kami berdua hanya nakkan yang terbaik buat kamu?  Lagipun kamu satu-satunya anak lelaki kami.  Kami mahukan kamu bahagia.  Lihat saja your sis, she’s happy with her husband.’’
 
            Arel menghembus nafas lemah.  Kenapa perlu dibandingkan dirinya dengan Azmira.  Kakaknya itu memang patuh kepada orang tua mereka dari kecil sehinggalah dia bergelar isteri kepada Wan Haiqal, anak kepada rakan niaga ayah mereka.  Azharel?  Dari tadika sehinggalah ke sekolah menengah, hidupnya dikawal seratus peratus oleh si ibu.  Balik dari sekolah, pemandu sudah siap menunggu.  Rakan-rakan sebaya seronok beriadah di sebelah petang untuk bersukan, dia pula sibuk dengan kelas tuisyen dan kelas piano.  

Tetapi, Azharel mula berubah sebaik sahaja melepasi umur 19.  Biasalah anak lelaki. Segala perkara yang tidak berkenan dihati akan disangkal.  Jika perlu, dia akan melawan. Baginya, dia sudah boleh membuat keputusan sendiri dan tidak lagi bersandarkan pilihan dan keputusan ibunya.  Sebab itulah dia lebih memilih untuk malanjutkan pelajaran di luar negara.  Dengan itu dia tidak perlu dikongkong lagi.  Dia penat. Kebebasanlah yang paling diimpikan pada masa itu.

Dengan Puan Adibah bolehlah dia buat perangai, tetapi Encik Azhar?  Encik Azhar, bila dia menggunakan kuasa vetonya sebagai seorang ketua keluarga, si Azharel yang degil pun boleh tunduk.
           
         Arel pandang wajah Puan Adibah serius. ‘’I know that.  Mom selalu cakap macam tu sampai Arel pun boleh hafal.  Mom, mom ingat Arel ni apa sampai tak reti nak cari isteri untuk diri sendiri? What if, Arel kahwin dengan pilihan mom tapi kami berdua tak bahagia?’’ Azharel tidak berpuas hati.  Baginya, jodoh itu di tangan Yang Maha Kuasa dan bukanlah di tangan Puan Adibah semata-mata.  

Di hujung sudut ruang makan pula Mak Odah hanya mampu menyaksikan babak serius anak-beranak itu tanpa berkata apa-apa.  Kalau mencelah, bimbang dia pula terkena tempiasnya nanti.  Begitulah Puan Adibah dan Azharel.  Bila berjumpa, pantang kalau sehari tak bertekak.  Tak kiralah sama ada kecil atau sebesar-besar perkara.  Apatah lagi bila tiada Encik Azhar di rumah pada masa itu.  

            ‘’Reti?’’ Suara Puan Adibah berkumandang lagi di segenap ruang makan yang agak luas itu.  Besar mata mencerlung ke arah anak mata anak lelakinya.

            ‘’Dengan perempuan-perempuan yang pakaian macam tak cukup kain tu maksud Arel?  Itu yang Arel kata reti nak cari isteri?  Arel suka isteri yang macam tu?’’ Naik satu oktaf suara Puan Adibah membuatkan Azharel terkesima sebentar.  Puan Adibah sudah tentulah merujuk kepada kenalan-kenalan anaknya sepanjang menetap di luar negara.  

Bagi seorang lelaki bernama Azharel pula, mereka semua hanyalah teman biasa dan tidak pernah terdetik pun dihatinya untuk menganggap mereka lebih daripada itu kerana di hatinya cumalah seorang.  Dalila.  Hanya gadis itu yang bertakhta di hatinya sejak di bangku sekolah.  Tetapi selagi dia belum meluahkan isi hati dan mendengar jawapan ‘ya’ daripada gadis itu, dia tidak akan memberitahu Encik Azhar dan Puan Adibah terlebih dahulu.  Buat masa ini, biarlah ianya menjadi rahsia.  Betapa dia menunggu hari yang bermakna itu segera datang.  Dengan ini, tidak perlulah dia mendengar Puan Adibah membebel lagi. As if..

            ‘’Kenapa diam?’’ Suara Puan Adibah memecah lamunan Azharel.

        ''Mum, I’m not in the mood to talk about this right now. Can you just let me enjoying my breakfast in peace?’’Kendur sahaja suara Azharel sambil menarik pinggan berisi roti di hadapannya. Permukaan roti kemudiannya disapu dengan mentega kacang tanpa menoleh sedikitpun ke arah Puan Adibah yang duduk di hujung meja. Malas rasanya nak bertekak awal-awal pagi.  

            Puan Adibah serta-merta tarik muka - Huh!

**
            ‘’SORRY kak Nana..motorsikal Iwan buat hal tadi sebab tu lambat sikit masuk.’’Iwan dengan gaya sotongnya meluru ke arah Nana sebaik sahaja keluar dari bilik Shila.  Nana terus layang muka masam.  Kononnya merajuk sebab Iwan, dia terpaksa menggantikan tugas untuk menghantar pesanan pelanggan pagi tadi.  

            ‘’Lambat sikit? Tengok jam ni dah pukul berapa.  Dah nak masuk tengahari.’’ Nana besarkan matanya yang dah cukup besar itu sambil tayang jam di pergelangan tangan. Siap jeling-jeling lagi Si Iwan.  Mana Iwan tak kecut perut. Bimbang benar kalau Nana mencuka dengannya sepanjang hari.  Yalah, dengar cerita Shila sebentar tadi, Nana terpaksa naik tangga ke tingkat lima untuk menghantar pesanan pelanggan.  Kalau dia tak apalah,  stamina ada walaupun luaran macam ‘adik-adik’ sikit.

Dalam hati si Nana pula lain sebenarnya - Iwan sebab ganti tempat kau pagi ni lah aku dapat jumpa Mr. Jodoh aku! Ceh,Mr. Jodoh konon! - Nana senyum dalam hati.  Iwan yang sedang mempamerkan wajah simpati Nana biarkan sahaja sambil tangannya sibuk menyusun kek cawan ke dalam confectionary showcase.Masih berniat nak mengenakan si Iwan.  Bukannya selalu dapat peluang macam ni. Yalah, mentang-mentang si Iwan muda tiga tahun darinya. Iwan pula, macam biasa mudah aje nak menyentap.  Lagilah Nana suka nak mengusik.

‘’Lah, Kak Nana janganlah macam ni..merajuk pulak dah.’’ Nana menoleh ke belakang.  Ternyata Iwan masih membuntutinya.  Nana ke kiri, Iwan pun ke kiri.  Ke kanan, Iwan ikut lagi.  Rimas pula Nana dibuatnya.

‘’Yang Iwan ikut-ikut ni kenapa?  Dah tak ada kerja eh?’’ Nana layang wajah jengkel.  Wajah Iwan pula dilihat jelas kelihatan serba salah.  Dan dalam hati, Nana senyum nakal. - Padan muka Iwan!

‘’Nak kerja macam mana kalau akak macam ni.  Iwan nak buat kerja pun tak senang.  Sorry lah kak.  Janganlah tarik muka masam macam ni.  Tak best lah.’’ Kedua-dua belah tangan dihimpun gaya orang nak minta ampun.  Tak cukup dengan itu muncung ditarik gaya Donald Duck.  Nak tersembur tawa Nana dibuatnya.  Namun cuba untuk ditahan.  Belum puas lagi hatinya.

‘’Tak nak!’’ Nana berpaling.  Siap buat  gaya flips hair lagi. - Boleh blah!

‘’Tak nak, tak apalah.  Nak buat macam mana, orang dah tak sudi nak maafkan kita.  Siapalah Iwan ni kan.  Baru aje nak belanja makan tadi.’’ Iwan menyilangkan tangan ke dada.  Pasrah.  Dah orang tak sudi nak maafkan, nak buat lagi apa kan?

Dan sebaik sahaja Iwan menghabiskan butir kata, mata Nana pun bersinar-sinar memandang wajah si Iwan.  Senyuman diukir semanis mungkin. ‘’Erm, Iwan cakap apa tadi?’’
           

No comments: