Firstly, tengkiuu sebab ada yang sudi mengikuti perkembangan e-novel ni.. :) *perasan*
Kat bawah ni, admin dah buat satu sinopsis untuk keseluruhan novel. Sudi-sudikanlah membaca..
***********************************************************************
Ni pulak dia punya watak-watak utama.. mihmihmih ;p
****************************************************************************
HANA NAZIRA - Dia hanya seorang gadis biasa
yang dambakan cinta sejati. Lumrah dunia,
bila kita mencintai sesorang itu, cinta itu mungkin tidak berbalas. Begitulah perasaannya dengan Aiman
Haqim. Pertemuan pertamanya dengan
lelaki itu memberi perasaan yang berbunga-bunga. Tetapi bagaimana pula
penerimaan Aiman Haqim nanti? Berlainan pula dengan Azharel Hakimi, bos yang sinis
dan suka membulinya di tempat kerja. Bila
ada saja yang tidak kena, Hana lah yang akan menjadi mangsa undang-undang
karutnya itu.
AZHAREL HAKIMI - Dia ingin menjadi pencinta
yang setia dan berpegang janji hanya kepada seorang wanita yang dicintai. Dia sudah lama menaruh perasaan kepada
Dalila, sahabat sejak kecil. Dia
berusaha menawan hati gadis itu walaupun dia tahu sekeping hati itu hanyalah
milik Aiman Haqim, sepupunya sendiri.
Hana Nazira? Baginya, gadis itu
hanya pekerja bawahan untuk dibuli dan tidak lebih dari itu. Cinta? Tidak mungkin.
Dia tahu Hana Nazira menyimpan perasaan terhadap Aiman Haqim, manakala dia pula
mencintai Dalila. Hana Nazira lah
senjata nya!
Dari
situlah bermulanya kisah mencuit hati dan wujudnya satu rancangan yang dibuat
antara Azharel dan Hana. Azharel inginkan
cinta Dalila manakala Hana diminta untuk merapatkan diri dengan Aiman. Berjayakah rancangan mereka atau hasilnya akan
menjadi lain?
Selapas tragedi hitam yang menimpa dirinya dalam sebuah bilik di sebuah hotel di ibu
kota, Hana terpaksa bersetuju untuk dikahwinkan dengan Azharel demi menjaga
nama baik keluarga. Mereka ditangkap basah! Hana pelik kerana Azharel langsung tidak menolak. Jadi benarlah Azharel sudah meragut kesuciannya? Tetapi mengapakah lelaki itu tega berbuat begitu? Akurkah Hana dengan
perkahwinan tanpa rela itu nanti?
Bagaimana pula dengan Aiman yang mula menyambut cintanya?
Antara cinta dan benci..Siapakah yang akan menjadi pilihan Hana Nazira? (whoaa, banyaknya persoalan..teeheee)
Antara cinta dan benci..Siapakah yang akan menjadi pilihan Hana Nazira? (whoaa, banyaknya persoalan..teeheee)
Adakah kita berkongsi perasaan yang sama? Jika kau
katakan kau cintakan aku, jadi aku percaya cinta itu benar...
So how? OK @ KO?
kalau ada idea tambahan atau sebarang kritikan boleh drop komen kat bawah.. :)
kalau ada idea tambahan atau sebarang kritikan boleh drop komen kat bawah.. :)
2 comments:
based on sipnosis agak complicated love story nie. Keeps on writing as the storyline is quite interesting even though it is very simple.
@rozita kadiman ....thanks 4 yr comment, sis.. I will try my best to improve and make it more interesting. i might try to change the storyline and writing style from time to time if there r new ideas.. :)..
Post a Comment