BAB 4
MANIS
CAFE. Tidak
berkelip-kelip mata Azharel memandang papan tanda yang terpampang di hadapan
kedai itu. Ini bukanlah seperti yang dia
bayangkan tadi.
‘’Lah, kat kedai macam ni rupanya kau nak
ajak aku lepak. Ingatkan tempat yang kau
cakap tadi ada hiburan macam karaoke ke apa.
Boring lah kau ni.’’
‘’Kau lupa ke, ni masa kerja aku. Nak pergi karaoke siang-siang hari macam
ni? Memang tak ada masa lah. Lagipun tekak aku teringin nak makan benda yang manis
hari ni. Staf-staf aku cakap cafe ni latte nya sedap. Jom.’’ Walaupun pada mulanya Azharel menolak,
akhirnya dia ikut juga langkah Aiman yang sudah meloloskan diri ke dalam cafe
tersebut. Aiman punya pasal, masuk saja
lah.
Masuk sahaja, Aiman terus
mendapatkan meja paling belakang, jauh sedikit dari pelanggan yang lain. Senang sikit nak berborak.‘’One coffee latte, two croissant..and
blueberry pancake.’’ Pesan Aiman sebaik sahaja seorang pelayan lelaki
mendekati meja mereka.
‘’One
coffee latte, two croissant and blueberry pancake.’’ Pelayan
muda itu mengulangi kata-kata Aiman sambil menulis sesuatu pada nota kecil yang
dibawanya. ‘’Okay, and you sir?’’
‘’One
expresso.’’ Tengah-tengah membuat pesanan, sempat lagi mata
Azharel meliar di sekeliling kafe.
Pelanggan ramai, tapi apa yang istimewa sangat tentang kafe ni? Menu sama saja macam kedai minuman
biasa. Pekerjanya cantik-cantik ke? Kalau tidak, masakan Aiman yang boleh
dikategorikan sebagai kasanova tu teringin nak ke sini. Tengok-tengok macam tak ada pekerja perempuan. Yang ada, lelaki. Itupun pelayan lelaki yang tadi.
‘’Bro, apa yang best sangat tempat ni? Kalau kau teringin sangat nak minum coffee latte tu, kat Starbucks hujung jalan sana pun ada.’’
‘’Itu yang kau tak tahu. Croissant
kat sini sedap. Aku pernah makan, staf
aku bagi.’’
‘’Hem, staf
perempuan lah ni?’’
‘’Kau rasa?’’
‘’Tengok muka aje aku dah boleh
teka.’’
‘’Well..’’
Aiman tayang muka bangga. Tidak sampai lima minit, pesanan mereka sudah
dihantar ke meja. Servis kafe ni, memang
tiptop!
‘’Kau macam mana sekarang, takkan
sampai sekarang single kot. Koleksi banyak, tapi tak pernah satu pun yang
tahan lama. I’m not going to ask what is wrong with them,
but what is wrong with you?’’
‘’Bro, selepas
umi dan mak long, kaulah orang ketiga yang suka membebel dengan aku. Soalan yang sama aku dapat, jawapan yang sama
yang aku beri. I’m still searching for the right one.’’
‘’Yalah
tu. Kau tak kesian ke dengan Mia, sejak
lahir dia tak merasa pun kasih sayang seorang ibu. Sekali sekala bagilah peluang sikit dengan
mak ngah tu biar dia rehat dari jaga cucu.
Dah sampai masa giliran menantu baru dia pula yang jaga.’’
‘’Kau ingat senang ke Rel. Cari isteri untuk diri aku tu memang senang,
tunjuk poket saja berduyun-duyun datang.
Tapi cari isteri sekaligus jadi ibu kepada anak aku tu susah Rel. Tak mudah nak jumpa wanita macam tu yang
boleh terima anak aku dengan seikhlas hati. Not because of money.’’ Aiman senyum tipis.
‘’Okey, aku faham.’’ Dulu bagi
Azharel, Aiman merupakan manusia yang bertuah kerana bertemu jodoh awal. Aiman dan arwah Zara mengambil keputusan
untuk berkahwin sebaik sahaja tamat belajar di universiti. Tetapi apakan daya, Allah lebih
menyanyanginya. Arwah meninggal dunia selepas melahirkan si kecil Mia. Sudah lima tahun semua itu berlalu. Oleh itu, dia hairan Aiman tetap bertahan
memegang status duda di awal usia 30 an.
‘’Kau bila nak start keja kat AZ
Holdings ni?’’
‘’Lah, rileks lah. Aku pun baru
saja sampai hari ni kut. Kalau kau nak
tahu, aku balik Malaysia, dan bekerja kat AZ holdings pun bersyarat tau.’’
‘’Lagi-lagi bersyarat. Syarat apa pula yang kau kenakan kali ni?’’
Aiman tersengih. Macam dia tak kenal
sikap sepupunya seorang ni. Syarat itu,
syarat ini. Tak mudah nak ikut kehendak
orang lain dengan kerelaan hati.
‘’Boleh, apa saja syarat yang
Arel mintak daddy tunaikan. As long as, ianya relevan. What is
it?’’ Encik Azhar menghidupkan mod pembesar suara agar isterinya dapat sama-sama
mendengar jawapan yang akan diberikan oleh anak lelaki mereka nanti. Azharel
dihujung talian pula..tersenyum.
‘’Arel tak minta lebih. Arel cuma nak daddy dan mummy hentikan
pelan untuk carikan calon isteri untuk Arel tu.
Boleh? Take it, or leave it.’’ Encik Azhar dan Puan Adibah berpandangan
sesama sendiri. Pula!
‘’Macam mana ni daddy?’’ Puan Adibah menyiku lengan
Encik Azhar. Susah nak buat keputusan
dalam masa sesingkat ini. Azharel pula,
mahukan jawapan segera. Jika mereka
bersetuju dengan kehendak Azharel, bermakna jangan mimpilah mereka nak punya
menantu perempuan tahun ni. Yang gigit
jari nanti, Puan Adibah sendiri.
‘’Kalau daddy, daddy ikutkan saja. Mummy tu, lah. Paksa-paksa dia kahwin cepat.’’
‘’Apa salahkan mummy pula. Ini pun untuk kebaikan dia sendiri juga. Daddy
tu lah, suka sangat manjakan dia. Semua
benda yang dia minta, daddy ikut.’’ Puan Adibah mencubit lengan Encik
Azhar. Sempat pula nak bertekak.
‘’Mum,
dad. Are you listening?’’ Suara
Azharel kedengaran.
‘’Yes, we
are. So mummy, how?’’ Encik
Azhar menoleh kembali ke arah isterinya.
‘’Kalau kita tak ikut kemahuan dia, nanti dia takkan setuju nak balik
Malaysia ni. Awak nak ke anak awak terus
menetap kat sana? Of course awak tak nak kan?’’ Encik Azhar berbisik pula. Puan Adibah memeluk tubuh. Geramnya dengan dua beranak ni! Bapa borek, anak rintik!
‘’Mum?
Dad? How?’’
‘’Okey,
okey. Mummy setuju. But,
after Arel settle semua urusan
kat sana nanti, Arel terus balik sini tau.
Jangan nak lama-lama kat sana.’’ Puan Adibah terpaksa mengalah.
‘’Great!’’ Azharel
bersorak. Pelannya berhasil. Tak dapat tolak dengan baik, ugut secara
lembut pun jadilah. Ambil kesempatan
dalam kesempitan? Biarlah, asalkan tak
kena paksa kahwin dengan calon pilihan keluarga. Kahwin paksa?
That was so yesterday..
Azharel tersenyum lagi apabila
terkenangkan perbualan telefon dengan orang tuanya dua minggu yang lepas. ‘’Amacam?’’
‘’Kau ni Rel, syarat yang
tidak-tidak kau bagi. Apa salahnya, Mak
Long tolong carikan calon isteri untuk kau.
Kau tak payah cari-cari, tinggal tunggu tarikh nikahnya saja. Jangan jadi macam aku.’’
‘’Weh,
weh. Dah
lupa? Ila macam mana? Aku takkan kahwin selagi, orang tu bukan
Ila.’’
‘’Man,
you’re so madly in love with her..Kau memang dah angau ni..’’
‘’Well..Lepas
hantar kau nanti aku nak cari dia kat butik.
Kau rasa, dalam cafe ni apa yang sesuai aku bawa untuk dia?’’
‘’Hem,
let me think.’’ Beberapa saat kemudian Aiman petik jari. ‘’Apa kata kau belikan dia red velvet. That’s
her favourite.’’
‘’Are you
sure yang dia makan kek tu?’’
‘’Yep. Aku yakin yang dia akan suka kek tu. Kalau banding kau dengan aku, aku rasa aku
lebih kenal dia. Yalah, kau jumpa dia,
dua tiga kali setahun. Aku jumpa dia
setiap minggu. Aku menang.’’ Tutur Aiman
selamba.
‘’Kalau macam tu, aku nak take away one or two slice for her.’’ Azharel angkat dari kerusi. Rasanya lebih baik dia sendiri ke kaunter
untuk membuat pesanan. Kalau boleh, dia
nak request kek itu nanti dibungkus
cantik-cantik. Senyum Azharel sudah sampai telinga. Harap-harap cara ni berjaya mengambil
sekeping hati milik Dalila.
##
No comments:
Post a Comment