BAB 3 - Versi 2





BAB 3

‘’NANA, boleh tak gantikan tempat Nurul kat belakang pagi ni?’’ Shila, pemilik cafĂ© tempat Nana bekerja berjalan menghampirinya yang sedang mengelap bahagian kaunter pembayaran.

‘’Meosul (apa)? Gantikan tempat Kak Nurul?  Wae (kenapa), Shila unnie?’’Soal Nana.  Masa macam ni sempat pula mencampur-adukkan bahasa Korea dengannya.  Di dalam cafe ini, dia dan Shila lah peminat tegar drama Korea.  Wanita akhir 20-an yang mahu dirinya dibahasakan sebagai kakak itu nampaknya sedang susah hati.  Nana pun jadi susah hati dibuatnya.

‘’A,ah.  Pagi ni aje,     Nana.  Anak Nurul demam, jadi dia terpaksa bawa anak dia ke klinik.  Tengahari nanti dia masuk kerja balik.  nana pun tahu kan, Amir pula cuti hari ni. Jadi sekarang tak ada siapa yang nak bantu Fiza siapkan apple pie kat belakang.  Kalau nak harapkan budak Iwan tu alamatnya tak siap-siap semua kerja tu nanti.  Customer dah nak ambik semua pesanan dia dalam masa sejam lagi.  Kalau ada masa, akak memang nak tolong tapi kebetulan akak ada meeting dengan tuan tanah kejap lagi. Nana dongsaeng (adik), akak dapat harapkan Nana aje tolong. Dowajuseyo (bantu saya)…please..’’ Panjang lebar penjelasan Shila sambil memandang Nana dengan penuh pengharapan.  Kedua-dua belah mata dikerdipkan beberapa kali.  Aegyo (buat-buat comel) ke?

 ‘’Nana, boleh tak ni?’’ Shila bertanya lagi. 

‘’Err..kalau Nana ke belakang siapa nak jaga kaunter ni nanti Kak Shila?’’ Nana mencari alasan.  Yalah, kalau dia ke belakang, siapa nak jaga kaunter dan bancuh kopi?  Itu dah kerja dia.  Buat pastry, dia belum belajar lagi.

‘’Yang tu Nana jangan risau.  Iwan ada tolong jagakan kaunter.  Akak pinjam Nana sejam aje ek.’’

‘’Boleh ke Iwan jaga kaunter dengan bancuh minuman sekali?’’ Hanya dia, Iwan dan Amir yang pakar dalam membancuh variasi kopi dan minuman di dalam cafe ini.  Itulah gunanya mereka dihantar untuk pergi kursus barista yang mengambil masa hampir sebulan sebelum ini.

‘’Alah, tak susah.  Iwan kan Iron Man.  Kerja senang, two in one.’’ Iwan, menambah.  Nana tahu, Iwan pun tak berapa minat sangat kerja kat bahagian dapur.  Banyaklah kau punya Iron Man.  Jaga kau Iwan!

‘’Kalau macam tu, baiklah Kak Shila.’’ Akhirnya Nana terpaksa mengalah.  Yalah, Shila pemilik cafe ini dan dia pula hanya pekerja.  Takkanlah nak melawan tauke kan?  Tak pasal-pasal ada pula yang kena berhenti kerja nanti.

’Good girl. Akak tahu yang Nana ni memang boleh diharap.  Kalau macam tu Akak pergi dulu ya. Saranghae, dongsaeng ah..’’ Dengan senang hati Shila meminta diri.  Nana hanya mampu mengukir senyuman kepadanya.  Dalam hati pula, dia menangis.  Apple pie, apple pie.

‘’Buat apple pie tu nanti jangan lupa buat lebih sikit ya.  Iwan nak rasa apple pie yang Kak Nana buat.’’ Sempat lagi Iwan mengusik sebaik sahaja Shila berlalu.  Papp!  Kain yang Nana guna untuk mengelap tadi kena betul-betul ke muka Iwan. 

‘’Diamlah, wan.’’ Nah, sindirlah aku lagi!

##

’BERAPA keping apple pie yang customer order Kak Fiza?’’ Fiza yang sedang sibuk menggiling doh pai menoleh ke arah Nana yang berdiri disebelahnya. ‘’Adalah dalam dua puluh keping.  Kenapa?’’

‘’Wow, banyak tu.  Nak buat apa banyak sangat, nak buat parti ke apa?’’

‘’Entahlah.  Yang akak tahu, dia orang nak datang ambil lepas ni.  Nana tolong akak bungkuskan semua pai ni nanti ya’’

‘’Yes, madam.’’Nana angkat tabik.  Fiza tersenyum.  Nana setia di tepi sambil menunggu Fiza selesai mengeluarkan beberapa keping pai epal yang telah siap di bakar.  Kerja seterusnya dia ambil alih pula dengan memasukkan setiap keping pai epal tersebut ke dalam bekas yang telah tersedia.

‘’Yang tu pula nak buat apa, Kak Fiza?’’ Selesai sahaja membungkuskan kepingan terakhir pai epal, hati Nana tertanya-tanya apabila melihat Fiza sedang menguli tepung.  Doh yang selesai diuli itu kelihatan gebu dan disusun elok di atas satu bekas.

‘’Nak buat donut lah, sayang oi.’’

‘’Oh, patutlah macam pernah tengok.  Nenek selalu buat macam ni kalau dia nak buat donut susu.’’ Tutur Nana sambil memerhatikan Fiza melakukan kerjanya dengan penuh minat.

‘’Hem, tengok-tengok ni teringin nak cuba buat sendiri ke?’’

‘’Boleh?’’

‘’Boleh, tapi jangan usik banyak sangat.  Nanti tak jadi pulak donut akak.  Satu saja tau.’’

‘’Alright.  Satu aje.’’ Nana angkat jari telunjuk.

Nana menyegih.  Inilah peluangnya.  Pada mulanya, dia ikut sahaja apa yang Fiza buat.  Hisy, time macam ni lah pipi rasa gatal!  Mula-mula dia garu guna bahu.  Bila belum rasa puas, belakang tangan yang elok bersalut dengan tepung dia guna.  Baru lega. Kemudian, Nana fokus kembali.  Bukan main lagi sungguh-sungguh nak belajar.  Bila dohnya terasa lembut, ditambahnya lagi tepung.  Sebab itulah donut hasil ciptaannya ada yang besar, ada yang kecil.  Pening kepala Fiza dibuatnya.  Tadi kata nak buat satu, sekarang jadi dua, tiga, empat yang dia buat.  Menjadi, tapi rupanya macam ada lain macam sikit.  Cacat.

‘’Sudah, sudah.  Cukuplah tu.  Pergi sambung kerja kat depan sana.  Donut yang kamu buat ni angkat sekali.  Nanti bercampur pula dengan donut-donut akak.’’  Donut buatan Nana yang telah selesai bersalut dengan perasa coklat itu dihulurkan kepada ‘pencipta’nya.

‘’Okey, ni semua untuk Nana makan kejap nanti.’’ Dengan hati yang berbunga-bunga membawa hasil ciptaannya itu keluar.  Sengaja dia letakkan di kaunter untuk dia makan sebentar nanti.  Hehe, tak sabar.  Nana tersenyum sendiri.  Nana, she’s an enthutiastic type. Fiza hanya menggeleng-gelengkan kepala.

##

AZHAREL senyum.  Dari jauh lagi dia dah boleh nampak Aiman sedang berjalan ke arahnya yang sedang berdiri di kaunter penyambut tetamu

‘’Hey bro! Lama tunggu?  Aku ada perbincangan kejap tadi.  Ni pun, baru habis..’’

            Azharel melirik ke arah jam tangannya.  ‘’Adalah dalam...lima belas minit. Kau ni man, nasib baik ada cik ni.  Kalau tak mati tegak aku  kat sini.’’ Azharel ketawa sambil mengangkat keningnya kepada Rita, pegawai yang bertugas di reception. Rita pula..malu-malu.

‘’Rileks lah.  Baru lima belas minit kut.’’

‘’Hah, kau apa khabar?  Baru enam bulas lepas aku balik kut, kau sekarang nampak macam berisi sikit.  Hati bahagia bro?’’ Macam biasa, setiap kali bersua bahunya memang tak sah kalau tak jadi mangsa tumbukan Azharel.

‘’Mestilah, bunga kat sini manyak maa.. mana tak bahagia nya.’’ Giliran Aiman pula mengenyit mata pada Rita.  Wah, makin kembanglah hati Rita.

‘’Weh bro. Makin gelap kulit kau sekarang.  Apa ada hal?  Orang kata tinggal sana kulit jadi cerah sebab cuaca sejuk.  Kau pulak balik menggelap.’’

‘’Sekarang kat sana musim panas lah.  Berjemur kat pantai, biasalah.  Kau macam tak kenal aku, boardrider.’’

‘’Aku bawak kau keluar ni, daddy aku kat atas tu tahu tak?’’ Suara Azharel separuh berbisik.  Takut didengar oleh staf-staf AZ Holdings pula.  Lagi-lagi, Rita yang sedang duduk dekat dengan mereka.

‘’Mestilah Pak Long tahu.  Takkanlah aku nak keluar macam tu saja.  Agak-agaklah, sekarang waktu kerja lagi.’’

‘’As expected.

‘’Tak nak naik dulu ke jumpa Pak Long?’’

‘’Nope.  Balik nanti jumpa jugak.  Sekarang aku nak bawak kau melepak sekejap.’’

‘’Ni kawan Encik Aiman ek?’’ Tegur Rita yang sedari tadi hanya mendengar mereka berdua yang sedang galak berborak.  Bercahaya anak matanya memandang wajah dua orang jejaka muda di hadapannya.  Dua-dua kacak.  Encik Aiman, macam selalu memang nampak segak dengan pakaian pejabatnya. Idaman ramai staf-staf wanita AZ Holdings yang masih bujnag.  Manakala yang seorang lagi tu nampak lagi bergaya walaupun hanya mengenakan t-shirt berkolar dan seluar khaki paras lutut dengan dengan sneaker.  Macam model.  Rezeki, rezeki jadi habuan matanya pada pagi ini. 

‘’A friend is not enough to describe our relationship.  He’s like a brother to me.’’ Sekali lagi Aiman mengenyitkan mata kepada Rita.  Rita pula...melting habis.

‘’You such a player.  Memang tak berubah dari dulu.’’ Azharel menyengih.  Audi yang dipandunya kini baru melepasi pintu pagar Wisma AZ.

‘’Kau macam tak kenal aku. Weh, kau dah beritahu Ila yang kau sampai pagi ni?’’ Soal Aiman sambil menoleh ke arah Azharel yang sedang memandu.

Azharel menggeleng. ‘’Kenapa, kau ada cakap kat dia?’’

‘’Tak.  Kau yang larang aku bagitahu dia, aku diam saja lah.’’

‘’Kalau macam tu, jawapannya belum lah. Aku sengaja nak surprisekan dia.’’

 ‘’Hem, you’re a man full with surprise.  Kau dua orang apa cerita?’’

‘’Aku dengan Ila?’’ Azharel memjeling sekilas ke arah Aiman yang duduk disebelahnya.  Aiman mengangguk.

‘’Macam biasalah. Belum ada apa-apa progress lagi.’’

‘’Maknanya kau belum beritahu dia yang kau sukakan dia?  Bukan ke dulu kau ada cakap kau nak confess sebelum kau datang sini?’’

‘’Not yet, bro.  Memang dulu aku ada fikir nak buat macam tu, tapi bila tahu yang dia busy dengan butik baru dia masa tu aku takut dia tak focus pula nanti.  Bila aku fikir-fikir, lebih baik aku cakap depan-depan.  Aku nekad. Aku nak beritahu dia hal yang sebenar yang aku bukan setakat suka, tapi aku cintakan dia.  I think I’m ready that I’m gonna tell my mum about this .  Macam tu, mummy aku takkan paksa aku terima calon-calon menantu pilihan dia.  Aku pun dah penat asyik dengar dia bising-bising pasal kahwin.  Sekarang aku bagi apa dia nak.  Dia nak menantu, aku dah ready seorang menantu untuk dia.’’

‘’Good.  That sounds like an improvement. I’m looking forward to it.’’

‘’You should.  Tempat yang kau kata tu kat mana?  Belok kiri atau kanan?’’

##

No comments: