BAB 1
‘’KAU yakin
ke novel kau tu nanti ada orang nak beli? Nanti tak pasal-pasal hantar manuskrip,
kena tolak mentah-mentah oleh syarikat penerbitan. Tak payah nak beranganlah novel
tu jadi bestseller novel. Jauh lagilah
nak sampai ke tahap tu.’’ Kedengaran sumbang sahaja suara Fathin dihujung
telinga aku. Bila bagi komen, haram nak pandang kiri kanan dulu. Bab berdebat, kalah
peluru M16. Nasib baiklah dia ni housemate merangkap sahabat karib yang aku
kenal sejak aku menyewa di rumah teres setingkat ni tiga tahun yang lalu.
Kalau tidak..memang aku dah sekeh minah ni.
Kalau tak pun nak saja beri peluang dia merasa nikmat cili giling buatan
emak yang masih aku simpan di dalam peti sejuk tu. Hish!
‘’Belum
cuba belum tahu beb!’’ Balasku sebal tanpa memandang wajahnya. Kedua-dua bola
mataku masih pada blog peribadi yang aku bina beberapa bulan yang lepas. Colourful but simple okey. Khas
untuk aku letakkan hasil karya aku. Segar dari ladang tau. Nama pena pula aku siap
letak nama ala novelis sikit. Ana
Batisah! Nama yang aku pilih ni tak
ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang sebaliknya. Aku pilih Ana, sebab nama
aku Hannah. Batisah pula sebab aku suka
nama tu. Amacam? - Senyum ala-ala dalam iklan colgate.
‘’Hana,
aku bukannya nak pandang rendah, cuba kau tengok pageviews blog kau ni. Tak sampai
pun lima ribu. Blog ni dah berapa lama
kau buat…Masuk hari ni dah enam bulan kan? Kau tahu tak apa maknanya tu?’’
Fathin menghela nafas lemah. Dia tahu sebab dialah yang bantu aku wujudkan blog
ni dulu.
Kalau
nak tahu, si Fathin ni salah seorang blogger aktif tanah air – Tanah air gituu..bunyi ala patriotik. Yalah, blog
dia sekarang dah berjaya kumpul ramai follower…beribu-riban
tuuu. Dan aku merupakan salah seorang
pengikutnya. Pageviews tak payah cakaplah.
Bezanya, di dalam blognya dia selitkan tentang pengalaman hidup, tips-tips
kesihatan dan cara penjagaan diri. Itupun sudah cukup untuk menempah namanya di
dalam dunia blogging. Senang cakap, sahabat aku yang seorang ni kira dah dalam senarai
blogger-blogger terkenal di Malaysia ni. Cewahh…kalau
aku puji secara live, confirm makin tinggi batang hidung minah
ni.
‘’Habis
kau nak aku buat macam mana lagi. Dah berbulan-bulan aku berhempas-pulas hasilkan
novel ni beb. Setiap kali idea terjah masuk
dalam otak ni, aku pulun tulis..Tak tangguh-tangguh lagi tau. Bab-bab baru pun setiap
hari aku masukkan. Tapi feedback tetap
suam-suam kuku.’’Tuturku lemah. Hemm,..sambutanlah
sangat..Sudahnya aku hanya menongkat dagu sambil merenung kosong skrin laptop
yang penuh dengan sticker animasi
jepun yang aku hias sendiri. Macam
budak-budak kata emak.
‘’Nak
dapat sambutan macam mana, kalau storyline
kau macam tu. Tengah-tengah cerita watak hero dah mati dibunuh. Ini bukan dramatic, tapi pathetic. You, my dear friend..knows how to turned your readers down. Boleh
buat orang tak ada mood nak baca. Ni
hah, kau baca tak komen-komen kat bawah ni.’’ Sekali pandang, lagak Fathin dah
tak ubah macam emak bila dia membebel kat aku.
Siap cekak pimggang lagi. Siapa
anak emak sebenarnya. Aku ke Fathin?
Aku
alihkan juga pandangan ke arah skrin, tempat jari runcing milik Fathin halakan.
Membaca setiap komen yang ditinggalkan oleh pembaca yang sempat singgah ke dalam
blog e-novel aku.
Buang masa je baca novel ni –
Anonymous
Belum apa-apa hero dah mati. Novel
apa ni? – Kitty88
Menyesal aku baca novel yg entah
apa2 ni. Kecewa doh.. – shika14
-_- novel blog yang paling bosan aku
pernah baca – gilanovel00
Hemm, itu
antara komen-komen berbaur kritikan dan bukan sebaliknya seperti yang aku harapkan,
sempat aku baca. Yang selebihnya, tak
sanggup aku nak baca. Teruk sangat ke
novel yang aku tulis sampai beri komen punya ‘cantek’ macam ni? – That’s really
turned me down.
Wajah
kuning langsat milik Fathin aku tatap semula. ‘’Dulu, kau sendiri pernah cakap,
nak buat novel kena ada kelainan. Tak nak yang ada unsur-unsur clishe macam kahwin kontrak, kahwin paksa
semua tu sebab kau kata dah biasa sangat. So aku buatlah yang unik sikit. Novel
genre romantik aku ni watak hero mati dulu. Ending
pula aku plan nak bagi unsur surprise
sikit bila tahu-tahu si heroin ni yang penjahat sebenarnya. Rare apa? Lain dari yang lain. Jarang jumpa tuu..’’Panjang aje aku punya
‘tuuuu’. Fathin yang berdiri di sebelah sudah menyilangkan tangan di sebelah aku
sambil menjeling. Ooops, bukan jelingan manja ye tapi jelingan macam nak telan aje
aku hidup-hidup.
‘’Dah
tu, siapa hero sebenarnya?’’ Soal Fathin.
Kemudian,
dengan mudahnya aku menjawab. ‘’Tak ada hero…’’Tiada respon dari Fathin.
Dia
diam, aku pun diam - Kriik..kriik.
‘’Apa?’’Soal
ku sambil jungkit bahu. Dia aku lihat
sedang ralit memerhatikan laman blog aku sambil menggerak-gerakkan tetikus. Kemudian, dia pandang aku lagi.
‘’Rare
ke tak ada hero?’’ Soalnya pula.
‘’Ha’ah,
lah.’’
Fathin
mengeluh. ‘’Hannah Aliyah, rare tak bermaksud
kau kena buat cerita sadis macam ni. Buat
novel, kena tahu keinginan dan selera pembaca. Nasib baiklah kau tak masukkan watak
ahli sihir dalam novel kau ni.’’ Good
idea! Aku senyum simpul kepada
kata-kata Fathin yang secara tidak langsung telah memberikan aku idea
baru. Apa kata kalau watak heroin
rupa-rupanya ahli sihir, hemm not bad!
‘’Kalau
kau letak watak yang entah apa-apa macam tu, awal-awal lagi aku cakap yang aku
takkan baca novel kau walaupun kau paksa.’’Sangkal Fathin pantas sebaik sahaja
faham maksud pandangan yang aku berikan kepadanya. Aku buat muncung itik. Nak tagih simpati
daripada Fathin?
‘’No!’’
Katanya. Nampaknya, sahabat aku yang seorang ini dah ter‘over’ emosi daripada aku dalam bab penulisan ni.
‘’Kau
kata nak novel kau nanti ramai pembaca..’’ Katanya lagi.
‘’Mestilah,
apa gunanya kalau aku tulis novel yang orang takkan baca...’’ Wah, jawapan
aku. Perghh..
‘’Tahu
pun! Dah tu, ubahlah jalan cerita tu. From
start to finish.’’
Aku
terlopong. ‘’Like seriously? Kau tahu
tak dah berapa banyak masa aku habiskan untuk tulis novel yang sedia ada ni, kemudian
sesedap rasa kau nak aku mulakan balik?
Kau biar betul.’’Aku layang wajah tak puas hati. Semangat pula seperti sudah
terbang keluar dari jasad.
‘’Hana,
dulu kan kau sendiri yang nak aku bagi komen dan kritikan untuk novel kau. ‘Your
critics is my motivation’…konon. Sekarang, bila aku dah bagi komen yang cukup
punya baik kau tak boleh nak terima pula.’’ Fathin ulang-tayang kata-kataku kepadanya
dulu sambil menjuihkan bibir. Motivasilah sangat.
‘’Tapi
dah nak sampai last chapter novel
yang aku tulis ni…sayang pulak kalau tak habiskan terus.’’
‘’Kalau
tak ada orang yang nak baca novel tu nak buat apa. Kau pun tahu kan. Buang masa, buang idea
saja. Orang sekarang lebih memilih happy
ending berbanding sad ending.’’
Lagi sesedap rasa mulut Fathin mengomen. ‘’Kau percayalah cakap kawan kau ni.’’
Sambungnya lagi. Sejujurnya, aku tidak
menidakkan ayat Fathin yang ini.
‘’Okey,
kau beritahu aku novel yang macam mana aku patut tulis? Horror story? Fantasy? Science fiction? Adventure?’’
Fathin
mengurut dagu. Dia kemudiannya berjalan ke tempat peraduanku lalu duduk bersila
disitu. Lagaknya seperti sedang memikirkan sesuatu. Agak lama dia begitu sebelum
bersuara dengan penuh semangat. ‘’How
about a love story that based on the true story?’’
‘’Based on the true story?’’
‘’Yeah..contohnya,
kau buatlah novel tentang diri kau sendiri..’’
Aku
tayang muka kelat. Si Fathin ni mabuk ke? Kisah cinta aku. Weh, Hannah Aliya mana pernah bercinta. Bukannya Fathin tak tahu yang one-sided love saja yang budak malang ni
pernah lalui sejak zaman persekolahan dulu.
Itu pun boleh dikira bercinta ke? Kalau aku buat juak novel yang
berlandaskan kisah cinta sebelah pihak yang tak berapa nak love story tu, siapalah yang nak baca..memang dah sah-sah tak ada happy ending.
‘’Fathin,
kau lupa ke buat-buat lupa? Kawan kau ni mana pernah bercinta. Nak buat kisah cinta
pulak. Haishh…as you wish!’’ Aku ketap bibir.
Fathin
petik jari. ‘’Itulah yang aku maksudkan,
kau buat cerita pasal diri kau yang suka jadi peminat dalam diam tu. Kau buat tajuk
novel kau nanti ‘‘Miss Stalker’’ Wahhh, macam best-best
aje Fathin bagi cadangan. Ke kutuk aku?
‘’No way!’’ Aku
bulatkan mata.
‘’Yeah, way!’’
Eleh, melawan pula dia.
Tiba-tiba
telefon bimbit Fathin berbunyi nyaring mengejutkan kami berdua. Aku yang sedang
duduk di atas kerusi tersentak sedikit manakala Fathin sendiri pula mengurut
dada dek terkejut sambil mencapai telefon bimbitnya di atas katil, dekat dengan
aku. Dia ni pun satu, suara budak kecil
ketawa yang dia gunakan sebagai nada dering pemanggil. Kedengaran agak seram memandangkan
hari dah jauh malam. Kena pula dengan aku yang penakut ni. Sempat berdiri segala bulu roma aku tadi.
‘’Berapa
kali aku nak cakap, dalam rumah tak payahlah set volume tu sampai tahap maksimum. Satu rumah bising kau tahu tak. Kalau
iye pun, tukarlah ke ringtone yang
elok sikit didengar. Seriau kau tahu
tak.’’ Telinga, aku tekup dengan kedua-dua belah tangan tanda protes.
Aku
ingat lagi masa kali pertama Fathin gunakan nada dering tu. Masa tu, aku tengah
seronok-seronok layan drama tv bila tiba-tiba terdengar bunyi budak kecik
ketawa. Yalah, dalam rumah ni cuma
tinggal kami berdua. Kebetulan pulak
masa tu si Fathin masih kat dalam tandas.
Tuhan aje yang tahu betapa seramnya aku rasa. Yang si Fathin ni pulak, keluar dari tandas
boleh aje ketawa lepas tengok muka pucat aku.
Puas aku sekeh dia malam tu.
Itulah, kenakan aku lagi.
Fathin
menyengih. ‘’Sorry..miss Hana..nantilah
aku tukar. Dah, aku nak masuk bilik dulu..jawab
call mr fiancé. Esok kita sambung lagi
perbincangan kita yang tak pernah habis ni ya..goodnight!’’ Ucap Fathin seraya berjalan ke arah muka pintu yang
sememangnya dibiarkan terbuka luas sejak tadi.
‘’Waalaikumsalam..sorry lambat angkat call. Awak ada whatsapp saya ke tadi? Oh iye ke. Sorry,
saya tak perasanlah. Tak tidur lagi?’’ Aku
buat muka. Aku tahu Fathin sengaja besarkan sedikit suara dari biasa. Nak bagi aku cemburulah tu. Aku tahulah aku tak ada pakwe. Lagi-lagi tunang macam
dia. Jelingan maut aku hadiahkan, kepada
Fathin yang sedang tersenyum nakal kepadaku.
Pintu bilik, aku tutup sebaik sahaja Fathin hilang dari pandangan
sebelum kembali semula ke tempat aku bertapa tadi. Tangan mula sibuk menggerakkan tetikus. Kemudian jari mengetuk-ngetuk permukaan papan
kekunci memainkan irama yang aku sendiri tak pasti. Seketika kemudian – Dupp! Wajah aku sembamkan di atas tangan yang sudah disilangkan di
atas meja. – Serius, aku dah kering idea..
No comments:
Post a Comment