BAB
2
‘’MORNING, Lulu. How was your weekend?’’
Seperti biasa, setiap kali sebelum masuk pejabat, wanita berbangsa cina yang
bertugas di reception itu yang aku
tegur dulu. Bertenggek di depan mejanya,
sambil memerhatikan dia yang sedang tekun menyusun dokumen-dokumen di atas
mejanya.
‘’Hana,
how many time already. I told you..my name
is Lucy. Not Lulu laaa…Haiyaaa. Sudah
tiga tahun kerja sini masih lupa ke?’’
Lucy buat-buat jauh hati. Dialah orang
pertama yang aku kenal masa mula-mula aku jejakkan kaki ke bangunan ini
dulu. Megah Holdings. Tempat aku bekerja kini. - My first workplace and maybe not the last?
‘’Gurau saja maa.’’
‘’Hemm,
weekend I pergi ke Damai Beach aje
dengan Brandon.’’ Lucy membuka cerita.
‘’Wow,
honeymoon ke?’’ Aku pula yang
terlebih teruja dari empunya badannya sendiri.
Lucy ni baru aje tiga bulan berkahwin.
Jadi rasanya masih belum terlambat untuk aku anggapnya sebagai cuti
bulan madu..kan?
Aku
perhatikan sahaja tangannya yang sedang ligat mengelap permukaan meja dengan
tisu basah. Walaupun baru tinggalkan
meja dua hari, amoi cantik lagi pembersih ni dengan cekap sekali membersihkan
mejanya. Nak saja aku minta jasa baik dia untuk mengemas meja aku yang boleh
dikatakan menggunung dengan fail-fail mesyuarat di dalam sana. Debu yang menempek atas meja tu rasanya dah
tebal seinci. Tapi tetap tak boleh kalahkan
ketebalan mekap minah-minah bajet hot dalam
Wisma Megah ni. Bikin panas mata
memandang.
‘’Honeymoon
apa. Pergi sana sambut family day yang company Brandon anjurkan.
Pergi pagi sabtu, balik pula sebelah
malam sebab Brandon pergi outstation on Sunday . Tak dapat nak holiday. Hemm..’’ Ada bunyi
pasrah saja pada kata-katanya. Aku cuba
menenangkan dengan menepuk lembut bahunya - Keep
calm and smile like me!
‘’Sabarlah Lucy. Nanti bila dia dah balik you boleh claim dengan Brandon. Holiday ke luar negara. Hemm,
Macau ke, Hong Kong ke. Paling tak pun, Korea.’’ Aku main kenyit-kenyit mata padanya. Bukannya Lucy tak tahu aku yang sebenarnya
berangan nak ke Korea. Penangan Lee Min
Ho gituuu, bak kata Fathin. Fathin sendiri pun dah pening kepala bila
setiap kali aku suarakan angan-angan mat jenin aku nak melancong ke Korea suatu
hari nanti. Tapi kalau tak ada
angan-angan jadi tak adalah usaha kan?
Lucy mencebik.‘’You ni tak
habis-habis dengan Korea. Hantu K-Pop
betul.’’ Tawa kami tersembur sudahnya tetapi kemudian cepat-cepat menekup mulut
bila perasan yang kami telah mengganggu ketenteraman di kawasan lobi itu. Mana tidaknya, ada dua tiga pasang mata yang dok
menjeling.
‘’Hana, fail untuk mesyuarat kejap
lagi dah buka ke belum?’’ Aku yang sedang sibuk menghidupkan suis komputer
tersentak sedikit bila kak Melati yang datang entah dari mana tiba-tiba
muncul. Kini sedang elok berdiri tegak
di sebelah aku. Dia ni ‘transporter’
ke apa?
‘’Dah. Jumaat lepas lagi Hana dah prepare. Ingat nak bagi Kak Atie terus hari
tu tapi terlupa pulak.’’ Aku tayang barisan gigi yang putih bersih – Rajin
gosok tau! Fail putih dari kabinet yang tidak jauh dari workstation aku capai lalu dihulurkan kepadanya. Wajah bingungnya tadi kini berubah lega
sedikit.
‘’Thanks,
Hana. Kak Atie pun lupa nak tanya hari
tu. Yalah, hari tu kita masing-masing busy kan. Confirm
eh, semua dokumen yang bos mintak tu ada dalam ni?’’
‘’Confirm
kak. Hana dah double check hari tu.’’ Kataku penuh yakin.
‘’Okay. Thanks. Thanks again.’’ Berapa kali nak ‘thanks’ lah Kak Melati ni.
‘’Kak Atie..’’ Panggilku.
‘’Ya?’’ Kak Melati tak jadi
melangkah pergi.
‘’Confirm
ke, bos nak pencen?’’ Soalku separuh berbisik.
Kak Melati ni pembantu peribadi Tuan Haji Mukhsin, CEO kepada Megah Holdings.
Minggu lepas ada ura-ura yang mengatakan ‘Pak Haji’ ni nak bersara tak lama
lagi. Kira berita ni dah jadi ‘trending’ antara staf-staf dalam
bangunan setinggi dua puluh lima tingkat ni. Aku pun bukan jenis yang boleh percaya
khabar angin seratus-peratus selagi benda tak betul-betul jadi dan rasanya lebih
baik aku bertanya sendiri dengan sumber yang pasti. Contohnya, Kak Melati. Yalah, nama pun PA, jadi
sudah tentu dia lebih tahu. Buat masa ni, hanya dialah orang terdekat dengan Tuan
Haji yang boleh mengesahkan perkara sebenar.
‘’Dari mana Hana dapat berita ni?’’
Macam aku, dia juga merendahkan sedikit suaranya, menguatkan lagi anggapanku
bahawa mungkin berita ini adalah benar.
‘’Reporter
banyak kak.’’ Jawabku pendek.
Mulut-mulut sesetengah staf-staf perempuan di dalam bangunan ni, boleh
kalah wartawan melodi.
‘’Hemm,
betul.’’ Jawabnya pendek manakala wajahnya seperti orang redha. Mungkin sebab rasa sedih sebab bos yang baik,
ramah dan bertanggungjawab macam Tuan Haji Mukhriz tu bakal meninggalkan kami. Aku yang baru tiga tahun bekerja di bawah
tuan haji sudah terasa sedih inikan pulak kak Melati yang sudah enam tahun bekerja
sebagai pembantu peribadinya.
‘’Kalau macam tu, siapa nak gantikan
tempat dia nanti?’’ Patah tumbuh, hilang
berganti. Memang sepatutnya ada bos baru
yang akan gantikan tempat dia. Tapi
siapa?
‘’Itulah yang kak Atie lemah ni.’’
Perkataan lemah tu bukan hanya keluar dari mulutnya sahaja, malah ianya jelas
terpancar pada wajah wanita berusia tiga puluh lima tahun itu.
‘’Kenapa?’’
‘’Tuan haji pernah cakap yang anak
dia akan gantikan tempat dia.’’
‘’Okey, anak dia. Dah tu?’’
Sekarang, reaksi Kak Melati yang menarik perhatian aku. Tengok dari wajahnya nampak macam dia tak
berkenan dengan bakal bos baru nanti.
‘’Akak macam tak suka aje..’’ Sambungku
lagi. Apa masalahnya dengan anak-anak
Tuan Haji Mukhriz? Dan setahu aku, dia Cuma
ada dua orang anak lelaki. Yang sulung,
Encik Zafril. Sudah berkeluarga dan kini menetap di Kuala Lumpur untuk menguruskan
cabang Megah Holdings yang satu lagi di sana.
Yang bongsu pula, setahu aku berada di luar negara. Bekerja dan menetap di sana.
Dari
sudut pandangan akulah kan, yang bongsu ni mesti jenis yang lebih suka
berdikari dan tak nak bekerja dengan syarikat keluarga. Free
spirit. Sebab tu dia lebih memilih untuk bekerja di luar negara. Dan
mengikut logik aku pula, anak sulunglah yang biasanya akan menggantikan tempat
ayah mereka. Jadi, sudah tentu secara
automatiknya kuasa ‘memerintah’ akan diturunkan kepada Encik Zafril. Tetapi..
‘’Sebelum ni, tuan haji cakap Encik
Zafril yang akan gantikan tempat dia bila dia bersara nanti. Akak pun okeylah sebab kita pun dah kenal
orangnya macam mana kan. Tapi kali ni
dia cakap anak bongsu dia pulak yang akan gantikan.’’ Baiklah. Persepsi aku
tentang anak bongsu bos yang tak suka bekerja dengan syarikat milik keluarga tu
agak meleset rupanya.
Aku hanya mengangguk, mengiakan
kata-kata Kak Melati. Dibiarkan sahaja dia
meneruskan kata-katanya.
‘’Akak
ni bukan apa, kalau dengan Encik Zafril akak tak kisahlah sebab dia dengan tuan
haji ni perangai dia orang sama.’’ Yang ni aku setuju. Bagi aku pun, Encik Zafril dan Tuan Haji
Mukhriz ni lebih kurang sama. Merendah
diri, baik dan mudah mesra orangnya. Orang
putih kata ‘like father like son’
gituu. Aku cakap macam ni sebab aku dah beberapa kali jumpa Encik Zafril. Itupun bila syarikat adakan annual dinner atau mesyuarat tahunan
sahaja. Walaupun pertemuan-pertemuan itu
agak singkat, itu sudah cukup untuk aku merumuskan bahawa Encik Zafril memang tip-top orangnya.
‘’Si
adik ni pulak, kita tak tahu dia jenis yang macam mana. Yalah..dengar cerita, yang adik ni cerewet
sikit. Perfectionist.’’ Okey, cerewet.
Mungkin sebab dia ada pengalaman bekerja di luar negara jadi dia demand sikit? Begitu?
Hemm, fikir sahaja dah boleh buat
aku sendiri tak berkenan.
‘’Nak pulak dia balik Malaysia.’’
Soalku, tipikal.
‘’Itulah yang akak hairankan
tu. Dulu tuan haji cakap anak bongsu dia
tu mati-mati tak nak kerja dengan syarikat keluarga walaupun puas dipujuk. Sekarang nak pulak. Akak, walaupun dah enam
tahun bekerja di bawah tuan haji pun tak pernah jumpa dia. Kadang-kadang tu dengar aje bila tuan haji
bercerita pasal dia. Hemm..’’ Kak
Melati mengeluh di hujung ayatnya. Aku
pun ikut sama. Seolah-olah dapat merasa
berat yang kak Melati tanggung.
‘’Tapi, tak apalah kan. Kita fikir yang positif aje. Mana tahu, bos baru tu nanti okey. Kita pun tak bolehlah nak judge dia tanpa kenal dulu dia siapa kan. Nama pun bos, jadi haruslah cerewet
sikit. Yalah, sebab syarikat pun bukan
jenis yang calang-calang. Kita sebagai
pekerja ni mestilah laksanakan tugas kita sebaik yang mungkin. Jangan sekali-kali buat masalah.’’ Rasa nak
tergelak aku mendengarkan ayat penuh motivasi kak Melati yang ini. Kejap tadi bukan main risau lagi. Sekarang lain pulak. Tetapi kata-katanya tetap secara tidak
langsung telah menyuntik semangat aku.
No comments:
Post a Comment