Bismillahirahmanirahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Pada tengahari yang hening ni, sukanya IA nak 'mempersembahkan' hasil nukilan yang ke-2 selain (Dia..Mr. Jodoh?)..
Suggested Title : MANUSKRIP CINTA
Cover Teaser..
IA gambarkan watak Luke adalah seperti businessman yg dalam gambar kat atas. A mistery and an undiscovered treasure gituuuu...*amik ayat xeera unni*
Watak Novel : Luke Daniyal & Hannah Aliya
~~ SINOPSIS~~
''Novel
cinta alam realiti. Aku rasa boleh tahan
gak idea tu.'' - Hannah Aliyah. Mengimpikan gelaran penulis novel sejak sekian
lama.
''Kau
nak tulis tentang siapa?'' - Fathin, sahabat merangkap penasihat.
Luke Daniyal.
‘’Mamat
tu misteri. Staf-staf perempuan kat
pejabat tu dok angau kat dia. Padahal
dia tu taklah mesra, serius, workaholic
pulak tu.'' - Hannah Aliyah.
Siapa
dia? Keperibadiannya? Kisah cintanya? Tak
kenal, maka tak cinta. Dari situ bermulalah misi Hannah untuk mengorek tentang
kisah seorang ''The Most Eligible
Bachelor'' CEO muda Megah Holdings. Satu watak realiti yang dia jadikan sumber
inspirasi di dalam novel alam mayanya yang berkonsepkan kisah benar.
''Awak
boleh tolong pulihkan hubungan saya dan Luke?'' - Elena, tunang yang menagih
semula cinta.
Hannah
rasa terpanggil untuk membantu. Menjadi pemulih
hubungan tidak berbayar demi kelancaran jalan cerita novel yang dia tulis
sendiri.
Lama-kelamaan,
Hana terperangkap dalam mainan perasaan sendiri. Jatuh cinta kepada seorang Luke Daniyal
selepas mengenali siapa lelaki itu.
‘’Luke Daniyal yang sebenar sedang berdiri di
hadapan awak. Yang awak tak boleh kawal perasaannya, yang awak tak boleh teka
apa di dalam hatinya dan yang paling penting, awak tak boleh halang dia dari
mencintai awak.’’ – Luke Daniyal. Baginya hadirnya seorang insan bernama Hannah
membawanya lembaran baru yang berwarna-warni, tidak kelabu seperti sebelum ini.
''Dengan
sekelip mata aje, awak lupakan perasaan yang awak pendam selama sepuluh tahun
ni untuk seseorang yang awak baru kenal?'' - Fariz.
~~~
Baca Manuskrip Cinta - Bab 1
Baca Manuskrip Cinta - Bab 2
Baca Manuskrip Cinta - Bab 3 15/12/14