Thursday, 11 December 2014

Manuskrip Cinta - Teaser & Synopsis

Assalammualaikum
Bismillahirahmanirahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Pada tengahari yang hening ni, sukanya IA nak 'mempersembahkan' hasil nukilan yang ke-2 selain (Dia..Mr. Jodoh?)..

Suggested Title : MANUSKRIP CINTA

Cover Teaser..

IA gambarkan watak Luke adalah seperti businessman yg dalam gambar kat atas.  A mistery and an undiscovered treasure  gituuuu...*amik ayat xeera unni*

Sinopsis        :
Watak Novel : Luke Daniyal & Hannah Aliya

~~ SINOPSIS~~

''Novel cinta alam realiti.  Aku rasa boleh tahan gak idea tu.'' - Hannah Aliyah. Mengimpikan gelaran penulis novel sejak sekian lama.

''Kau nak tulis tentang siapa?'' - Fathin, sahabat merangkap penasihat.

 Luke Daniyal.

‘’Mamat tu misteri.  Staf-staf perempuan kat pejabat tu dok angau kat dia.  Padahal dia tu taklah mesra, serius, workaholic pulak tu.'' - Hannah Aliyah.

Siapa dia? Keperibadiannya?  Kisah cintanya? Tak kenal, maka tak cinta. Dari situ bermulalah misi Hannah untuk mengorek tentang kisah seorang ''The Most Eligible Bachelor'' CEO muda  Megah Holdings.  Satu watak realiti yang dia jadikan sumber inspirasi di dalam novel alam mayanya yang berkonsepkan kisah benar.

''Awak boleh tolong pulihkan hubungan saya dan Luke?'' - Elena, tunang yang menagih semula cinta.
Hannah rasa terpanggil untuk membantu.  Menjadi pemulih hubungan tidak berbayar demi kelancaran jalan cerita novel yang dia tulis sendiri. 

Lama-kelamaan, Hana terperangkap dalam mainan perasaan sendiri.  Jatuh cinta kepada seorang Luke Daniyal selepas mengenali siapa lelaki itu.

 ‘’Luke Daniyal yang sebenar sedang berdiri di hadapan awak. Yang awak tak boleh kawal perasaannya, yang awak tak boleh teka apa di dalam hatinya dan yang paling penting, awak tak boleh halang dia dari mencintai awak.’’ – Luke Daniyal. Baginya hadirnya seorang insan bernama Hannah membawanya lembaran baru yang berwarna-warni, tidak kelabu seperti sebelum ini.

''Dengan sekelip mata aje, awak lupakan perasaan yang awak pendam selama sepuluh tahun ni untuk seseorang yang awak baru kenal?'' - Fariz. 

Hana Aliyah, mampukah dia menidakkan perasaan sendiri? 

~~~

Baca Manuskrip Cinta - Bab 1

Baca Manuskrip Cinta - Bab 2

Baca Manuskrip Cinta - Bab 3   15/12/14



Post a Comment